Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

USM TUAN RUMAH MCED KALI KE-76

DSC 0547

USM, PULAU PINANG, 7 Mei 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PPKEE) menjadi tuan rumah kali kedua kepada Mesyuarat Jemaah Dekan Kejuruteraan (MCED) kali yang ke-76 di sini hari ini.

MCED yang dianggotai oleh lebih kurang 50 orang Dekan-dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Universiti Awam seluruh Malaysia ini diadakan untuk menjadi medium dalam mempromosikan pendidikan kejuruteraan lanjutan dan inovasi universiti awam di Malaysia.

DSC 0551

DSC 0556

Mesyuarat kali ke-76 ini dipengerusikan oleh Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar selaku pengerusi Jawatankuasa Kerja MCED dengan berpandukan kepada visi untuk menjadikan perjumpaan ini sebagai satu medium terkemuka dalam kemajuan serta kecemerlangan dalam Pendidikan Kejuruteraan Malaysia.

DSC 0518

DSC 0564

Dekan-dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan USM yang hadir ke MCED adalah Profesor Ir. Dr. Mohd Zulkifly Abdullah (Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa), Profesor Dr. Taksiah A. Majid (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam), Profesor Dr. Zuhailawati Hussain (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral), Profesor Ir. Dr. Mohd Rizal Arshad (Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), Profesor Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia), Profesor Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin (Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik).