Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

REDAC-NAHRIM TINJAU PELUANG KOLABORASI

NIBONG TEBAL, 5 Mei 2018 – Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sedang meninjau peluang kolaborasi dua hala antara REDAC-NAHRIM di masa akan datang.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitarnya, Ir. Dr. Lee Hin Lee dalam lawatan beliau ke Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC) hari ini.

“Hubungan kerjasama antara REDAC dan NAHRIM sememangnya telah berlanjutan sejak beberapa tahun yang lepas lagi dan perbincangan dengan wakil dari REDAC iaitu Dr. Goh Hui Weng adalah sangat positif.

“Dalam usaha mengukuhkan hubungan yang sedia ada ini, kami bersedia untuk melangkah setapak lagi melalui cadangan-cadangan untuk memeterai perjanjian bersama berkaitan isu air dan pencemaran,” tambah Lee.

Dalam usaha untuk melaksanakan perkara ini, Lee menjangkakan akan lebih banyak perjumpaan diadakan pada masa akan datang di antara kedua belah pihak.

Selain daripada itu, Lee turut menghargai usaha REDAC dalam membuka peluang kepada pihak luar seperti NAHRIM untuk membuat lawatan ke tapak Bioecods dan Makmal Hidraulik, REDAC.

Menurut beliau, melalui lawatan seumpama ini, pihak luar seperti NAHRIM akan mengetahui dengan lebih dekat akan setiap kajian kepakaran yang dijalankan REDAC sambil bertukar pendapat dalam bidang kepakaran masing-masing.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Nor Faizullah Nor Azhar