Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PELAJAR TAHUN DUA PPKA JOHAN PERTANDINGAN FLOATING TREATMENT WETLAND

Group photo

NIBONG TEBAL, 5 Mei 2018 – Kumpulan Wet Mou yang terdiri daripada empat orang pelajar tahun dua Pusat Pengajian Kejurueteraan Awam (PPKA) Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi johan dalam pertandingan Floating Treatment Wetland di sini hari ini.

Pertandingan yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran teknologi dan peluang dalam bidang rawatan air sambil memberi peluang kepada para pelajar untuk memperoleh pengetahuan kejuruteraan dalam rawatan kualiti air.

Prof Azazi Give Welcoming Speech

Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam ucapan beliau menyatakan rasa sukacita beliau dalam menyaksikan sejumlah penyertaan yang diterima adalah daripada pelajar sekolah menengah.

“Pelajar sekolah yang kreatif pada hari ini, mereka ini adalah masa depan kita di dalam bidang kejuruteraan.

“Penglibatan mereka dalam pertandingan diharap dapat menjadi pemangkin untuk mereka terus fokus dan seterusnya menjadi jurutera pelapis kepada kita semua pada hari ini,” kata Azazi.

Launching 2

Secara keseluruhan, seramai 47 orang peserta terlibat yang mewakili sembilan pasukan di mana lima daripadanya adalah dari kalangan pelajar USM dan empat pasukan lagi adalah daripada sekolah menengah sekitar.

Azazi yang juga merupakan Pengarah REDAC turut mencadangkan agar aktiviti seumpama ini dijadikan acara tahunan yang seterusnya boleh dibawa ke peringkat kebangsaan kelak.

Pertandingan ini merupakan anjuran bersama di antara Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC) dengan American Society of Civil Engineers Student Chapter (USM ASCE).

Tempat kedua pertandingan dimenangi oleh kumpulan Sapphire dari USM sambil diikuti oleh Water Treatment Fiction dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin di tempat ketiga manakala Anugerah Kreativiti, Anugerah Persembahan Terbaik serta Anugerah Aesthetics masing-masing dimenangi oleh Bobo Group, 20000 Dollars Floating on the sea dan Team Borneo.

Selain daripada Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, pertandingan yang pertama kali seumpamanya diadakan di USM ini turut diadili oleh Professor Dr Hamidi Abdul Aziz dari PPKA dan juga Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Ir. Dr. Lee Hin Lee.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Sumbangan AJK Floating Treatment Wetland Competition