Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KONGSI REZEKI DI BULAN RAMADHAN

DSC 0868

NIBONG TEBAL, 1 Jun 2018 – Pusat Islam Kampus Kejuruteraan mengambil inisiatif di Bulan Ramadhan ini untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Sumbangan diberikan kepada para pesakit di Hospital Parit Buntar, Perak yang terletak berdekatan dengan Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Oleh yang demikian, seramai lebih kurang tujuh orang yang terlibat termasuk Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar, Rohilatifah Binti Baharum @ Harun turun padang dalam menyampaikan sumbangan.

DSC 0850

DSC 0862

Sumbangan berupa hamper makanan telah disampaikan oleh Rohilatifah secara langsung kepada 53 orang pesakit dari Wad Lelaki, Wad Wanita, Wad Bersalin serta Ward Kanak-Kanak yang sedang menjalani rawatan.

DSC 0836

Pemberian sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui individu, hospital atau rumah-rumah kebajikan terpilih ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan yang dijalankan secara berkala oleh Pusat Islam Kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman