Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KE ARAH PENYELESAIAN MASALAH AIR DI INYOUF 2018

DSC 1637

NIBONG TEBAL, 7 Julai 2018 - 1st International Youth Forum on Water Engineering Management (InYouF 2018) menjadi medium untuk memupuk perbincangan di kalangan pakar air dan belia dalam bertukar pandangan akan punca dan penyelesaian masalah air Asia pada hari ini.

Pengarah Kampus Kejuruteraan yang juga merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan Sungai dan Kejuruteraan Sungai (REDAC) Universiti Sains Malaysia (USM) dalam ucapannya menyatakan bahawa bencana yang berkaitan air telah menimbulkan kesan kepada masyarakat secara langsung atau pun tidak.

DSC 1555

“Adalah penting untuk ilmuan kita meningkatkan inisiatif masing-masing dalam mencegah dan menangani malapetaka yang berkaitan ini daripada berulang.

“Oleh yang demikian, melalui forum ini kita berharap dapat meningkatkan keupayaan pakar dari kalangan belia yang turut serta pada hari ini untuk meneruskan legasi kita sebagai sumber rujukan dalam menyelesaikan serta menguruskan sebarang isu berkaitan air di masa akan datang,” tambah Azazi.

DSC 1776 2 tile

Forum yang berlangsung daripada 4 hingga 6 Julai baru-baru ini melibatkan penyertaan 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dari tujuh buah negara iaitu Siria, Iran, Pakistan, Yaman, China, Palestin dan Malaysia.

Penganjuran forum ini turut bertujuan untuk memperkenalkan agenda Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk pengurusan bencana air yang pada masa yang sama akan mendorong setiap yang terlibat terutamanya belia dalam membincangkan mengenai pengurusan bencana air di Asia.

DSC 1742 tile

DSC 2071 tile

Selain kerjasama dari Pejabat UNESCO Jakarta, Regional Sciences Bureau for Asia and the Pacific, International Association for Hydro-Environment Engineering and Research (IAHR) dan Tsinghua University (China), forum ini turut mendapat sokongan daripada TCK e-Solution Sdn Bhd serta TenCate Geosynthetics Malaysia Sdn Bhd.