Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

HARI TAUTAN KASIH 2018, ERATKAN UKHWAH STAF WANITA

WhatsApp Image 2018 08 06 at 2.46.34 PM

NIBONG TEBAL, 20 Julai 2018 – Hari Tautan Kasih 2018 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Pusat Islam Kampus Kejuruteraan (HELWA) berjaya dalam mengeratkan ukhwah di kalangan staf wanita Kampus Kejuruteraan.

Perkara ini adalah bertepatan dengan objektif utama program yang sememangnya didedikasikan khas penganjurannya kepada kaum wanita ini.

WhatsApp Image 2018 08 06 at 2.46.33 PM

Program yang berlangsung selama setengah hari ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam membantu Pusat Islam untuk merancang dan melaksanakan aktiviti dakwah Islamiah.

Selain daripada itu, melalui penganjuran program ini juga, kebajikan warga kampus akan tetap terpelihara dan pada masa yang sama masyarakat Islam dapat memberikan contoh nilai-nilai murni Islam kepada mereka yang menganut agama lain.

Seperti tahun sebelumnya, pelbagai aktiviti riadah diadakan untuk 100 orang kakitangan wanita yang hadir sepanjang program berlangsung.

Turut hadir adalah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Taksiah A. Majid, Dekan Pusat Pengajian Kejurueteraan bahan dan Sumber Mineral dan Pengerusi HELWA, Dr. Khairiah Abd. Karim.