Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KETUA POLIS NEGARA TAULIAHKAN 58 PELATIH KOR SUKSIS USM

39017805 1902825559778468 8243613262751465472 n

TANJUNG MALIM, 12 Ogos 2018 – Seramai 58 orang pelatih Kor Sukarelawan Polis (SUKSIS) Universiti Sains Malaysia (USM) menamatkan latihan tahun ini dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Kor Suksis Universiti Awam Malaysia Kali ke-14 2018 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini.

Daripada 58 pelatih Kor Suksis USM itu, 36 terdiri daripada pelatih wanita dan 22 terdiri daripada pelatih lelaki.

38907543 1902825473111810 2486884565163966464 nMajlis ini disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun yang menyaksikan seramai 1,285 pelatih dari 19 buah Universiti Awam telah ditauliahkan dan menerima sijil masing-masing sebagai Inspektor Sukarelawan Polis.

39055610 1902825513111806 3593539174524780544 nDalam ucapannya, Fuzi berharap pelatih-pelatih ini yang telah menamatkan latihan menjadi graduan yang cemerlang serta memiliki pengetahuan undang-undang, berdisiplin tinggi dan berketerampilan untuk menjadi generasi yang akan memimpin negara di masa akan datang.

“Saya yakin dan percaya ahli Kor Suksis UA akan menjadi pemangkin ke arah mewujudkan sebuah negara Malaysia yang aman dan selamat serta membantu PDRM,” tambahnya.

39015460 1902825616445129 6570890987504140288 n

38918475 1902825459778478 4735607447098490880 nTurut serta ke Majlis ini adalah Komandan Kor Suksis USM yang baharu dilantik yang juga Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi USM, K/S ACP Prof. Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; SUPT/KS Dr. Nazarudin Zainun; DSP/KS Dr. Mohd Adi Firdaus Tan Abdullah; dan ASP/KS Zulkifli Che Hussin.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, seramai 8,000 orang pelatih telah ditauliahkan menerusi Kor Suksis ini.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah