Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PERTEMBUNGAN DUA BUDAYA DI KYOTO SUMMER PROGRAMME 2018

DSC 2958

NIBONG TEBAL, 20 Ogos 2018 – Kyoto Summer Programme (KSP) 2018 yang dianjurkan oleh di sini baru-baru ini jelas secara tidak langsung berjaya mempertemukan budaya melalui pendidikan antara pelajar dari dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.

 

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM), Profesor Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin dalam ucapan beliau menyuarakan harapan agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang memandangkan manfaat yang diperolehi melalui penganjurannya.

“Saya gembira melihat pelajar-pelajar yang terlibat berjaya memperolehi ilmu baharu melalui aktiviti pembentangan serta lawatan yang diadakan terutamanya berkaitan tenaga yang boleh diperbaharui dan Tenaga Biomas.

DSC 2888

DSC 2891

“Malah, program ini jelas dapat dijadikan medium pembelajaran sepanjang hayat peserta dan apa yang paling penting adalah menyaksikan bagaimana mereka ini gembira dalam mengikuti aktiviti yang telah disediakan selama seminggu ini,” tambah Zainal.

KSP 2018 yang diadakan dari 9 hingga 18 Ogos 2018 melibatkan penyertaan daripada 14 orang pelajar dari PPKM, lima orang pelajar dari International Mobility&Collaboration Centre (IMCC) dan 14 orang pelajar serta tiga orang pensyarah dari Kyoto Universiti.

DSC 2894

DSC 3804

Pengerusi KSP 2018 Kyoto Universiti, Profesor Dr. Kiichi Ishihara menyatakan bahawa beliau berbesar hati akan penganjuran program ini yang membuka peluang kepada setiap pelajar yang terlibat untuk menimba ilmu dan pengalaman.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga saling melengkapi dan menghiburkan dimana ianya telah merangkumi antara pendidikan dan budaya antara Malaysia dan Jepun,” kata Kiichi.

“Sebagai wakil dari Kyoto Universiti, saya berharap agar hubungan yang terjalin ini tidak akan terhenti di sini dan hubungan ini akan berpanjangan di mana saya ingin melihat agar pelajar-pelajar ini akan kembali lagi ke Malaysia di masa akan datang,” tambah beliau.

Selain aktiviti kebudayaan, aktiviti yang telah dijalankan sepanjang KSP 2018 adalah Lawatan ke UNESCO Heritage Sites, Pulau Pinang, Lawatan ke Makmal Bioenergy, Perlawanan Futsal antara pelajar Malaysia dan Jepun serta Pameran Green Technology Vehicle (CETREE).DSC 3755

Turut diadakan adalah sesi ceramah yang disampaikan oleh Profesor Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin mengenai Potential of Biomass Energy to Solve World Energy Crisis, MalaysianEnergy Mix and Policy serta Financial&Technical Analysis (PTA) of Biomass Plant. Malah, pensyarah dari Kyoto Universiti, Profesor Dr. Hideaki Ohgaki turut menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk Japanese Energy Policy.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman