Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KAMPUS KEJURUTERAAN USM “FEEDER’ BIDANG KEJURUTERAAN MALAYSIA

DSC 4912

NIBONG TEBAL, 3 September 2018 – Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi penyumbang utama kepada bidang kejuruteraan di Malaysia sejak tahun 2001.

Kampus Kejuruteraan juga telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh hebat yang boleh dibanggakan termasuklah saintis serta jurutera yang bukan hanya dikenali di dalam negara, malah di luar negara juga.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Asma Ismail dalam Majlis Sambutan Siswa sempena dengan Program Siswa Lestari Sidang Akademik 2018/2019 di sini hari ini.

DSC 4905

DSC 4898

Menurut beliau, USM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi pula sentiasa mempunyai perancangan dalam membentuk pemikiran mahasiswa serta mahasiswinya untuk seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan juga sahsiah diri.

“Oleh yang demikian, untuk memastikan perancangan ini akan berjalan dengan lancar, universiti ini akan menjadi tempat di mana para pelajar akan learn, re-learn, co-learn dan co-create sepanjang tempoh pengajian masing-masing kelak,” tambah Naib Canselor Wanita pertama USM ini.

DSC 4876

DSC 4933

Bercakap di hadapan 642 orang pelajar baharu kampus ini, Asma turut menekankan bahawa USM akan membuka jalan serta memberi peluang kepada setiap pelajarnya untuk selalu menjadi yang terbaik.

“Empat tahun pengajian merupakan tempoh transformasi agar apabila keluar kelak, saudara saudari digilap dan bersinar,” kata beliau.

“Rebutla sebanyak mungkin peluang yang ada dan kumpul juga pengalaman dalam tempoh yang telah diberikan,” tambah Asma.

Secara keseluruhannya, USM menawarkan sejumlah 4,615 peluang pengajian di ketiga-tiga kampus USM iaitu Kampus Induk Pulau Pinang (3,221 pelajar), Kampus Kejuruteraan (768) dan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan (626).

DSC 4867

Turut sama hadir adalah Ahli Lembaga Gabenor Universiti, Profesor Dr. Zainal Ariffin Mohd Ishak, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein.