Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KERJASAMA REDAC DAN PERUNDING PINANG KE ARAH PENYELESAIAN ISU AIR DI IRBM

DSC 6411

PERAI, 8 Oktober 2018 – Bengkel Mengenai Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM), Lembangan Sungai Perai, Pulau Pinang dan Kedah menjadi simbolik kepada kerjasama antara Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar (REDAC) Universiti Sains Malaysia (USM) ke arah penyelesaian isu berkaitan air.

Menurut Jurutera Awam yang juga merupakan wakil dari Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, Ahmad Shahrir Md. Naziri, bengkel ini diharapkan akan menjadi medium yang paling penting bagi semua pihak yang terlibat untuk saling bertukar pendapat.

“Walaupun data yang berkaitan dengan projek ini telah dianalisis oleh pihak perunding, kita masih memerlukan serta mengambil kira pandangan profesional melalui bidang kepakaran berasaskan isu-isu sebenar dari para peserta yang hadir pada hari ini,” kata Shahrir.

DSC 6263

DSC 6291

“Dalam masa yang sama, kita juga telah mendapatkan kerjasama daripada wakil pihak perunding untuk memantau setiap perkara yang menjadi perbincangan agar ianya tidak tersasar daripada objektif bengkel,” tambah beliau.

Melalui bengkel ini, empat objektif utama telah diperbincangkan dalam Memastikan Sumber Air Mencukupi, Memastikan Air yang Bersih, Mengurangkan Risiko Banjir dan Meningkatkan Pemuliharaan Alam Sekitar untuk kebaikan 631 ribu penduduk di sekitar lembangan ini kelak.

DSC 6267

DSC 6278

Projek Sungai Perai sepanjang 60.5 kilometer dengan keluasan keseluruhan 447 kilometer persegi yang dibahagikan kepada enam lembangan utama iaitu Sungai Kulim, Sungai Selarut, Sungai Mengkuang, Sungai Jarak, dan Sungai Derhaka ini diharap dapat menjana strategi mampan baharu untuk diketengah serta disegerakan pelaksanaannya oleh pihak yang berkenaan.

DSC 6237

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Pengarah REDAC yang juga merupakan pakar dalam bidang Sumber Air iaitu Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam ucapan ringkas beliau kepada semua peserta yang hadir berkenaan Projek IRBM.

“Atas kapasiti seperti yang demikian, perbincangan melalui bengkel ini yang melibatkan seramai 91 orang peserta termasuklah urusetia telah diadakan kerana kita tidak mahu projek ini dibangunkan tanpa maklumbalas dan pendapat pakar yang kelak tidak dapat membawa manfaat kepada penduduk sekitar,” kata beliau.

DSC 6425

DSC 6394

“Semoga dengan berkumpulnya peserta dari pelbagai agensi serta jabatan ini juga akan menyelesaikan beberapa isu penting negara kita yang seterusnya akan menjadi pengakhiran kepada masalah-masalah yang telah lama menjadi mimpi ngeri masyarakat kita seperti banjir, sumber air bersih dan sebagainya,” terang Azazi.

DSC 6440

Antara agensi serta jabatan dalam bengkel selama satu hari ini adalah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang, Perbadan Bekalan Air Pulau Pinang, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan Indah Water Konsortium, Pulau Pinang.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman