Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

MOH KITA KONGSI REZEKI DI I-INFAQ!

INFAQ KIPAS BESAR PUSAT ISLAM KAMPUS KEJURUTERAAN USM

Surah al-Baqarah (2:3), Allah SWT berfirman:

الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

(Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunakan solat dan mereka memberi infaq apa yang kami rezekikan kepada mereka.

Jawatankuasa I-Infaq USM, Kampus Kejuruteraan baru-baru ini telah mewujudkan satu projek I-Infaq Kipas Besar Dewan Solat yang menyasarkan kepada jumlah kutipan sebanyak Ringgit Malaysia Empat Puluh Ribu (RM40,000).

Kipas besar ini kelak akan di tempatkan dalam kawasan Masjid Universiti Sains Malaysia (Kampus Kejuruteraan) untuk keselesaan komuniti kampus dan komuniti sekitar.

Oleh yang demikian, marilah kita berinfaq sambil kumpul pahala dengan menyertai projek ini!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Mohd Shukri Osman selaku pengerusi jawatankuasa di talian 019-4052676 atau En. Imran Ibrahim dari Jabatan Bendahari di talian 016-2895894.