Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KAMPUS KEJURUTERAAN PERTINGKAT USAHA USAI LAWATAN PANEL EAC

DSC 7630

NIBONG TEBAL, 15 November 2018 – Lawatan panel penilai dan delegasi lawatan Akreditasi Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC) ke Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini membuka ruang kepada peningkatan usaha komunitinya ke arah penambahbaikan di masa akan datang.

Berikut adalah seperti yang disampaikan oleh Pengarah Kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria di hadapan 15 orang panel EAC termasuk ketua delegasinya dan seorang pemerhati pada majlis penutup lawatan ini di sini hari ini.

DSC 7829

DSC 7606 tile

“Kami memandang serius setiap ulasan yang diberikan walaupun ada di antaranya berada di luar dari bidang kejuruteraan, isu serangga contohnya.

“Namun, demi peningkatan status serta kualiti, setiap darinya akan kami jadikan sebagai panduan sebagai salah satu daripada kesungguhan kami untuk sentiasa mencapai piawaian yang telah ditetapkan oleh lembaga,” tambah Azazi.

Lawatan panel EAC dijalankan selama dua hari dari 14 hingga 15 November yang merangkumi aktiviti lawatan ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Perpustakaan, makmal-makmal serta fasiliti-fasiliti lain yang terdapat di dalam kampus.

DSC 7658 tile

DSC 7678 tile

DSC 7735 tile

Menurut Ketua Delegasi, Ir. Dr. Siti Hawa Hamzah pula, beliau dan pasukannya berpuas hati dengan lawatan yang dijalankan walaupun masih banyak ruang yang boleh diperbaiki di masa akan datang.

“Atas dasar privasi dan sulit, tidak banyak yang boleh diulas, namun saya boleh nyatakan bahawa kampus ini telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam mengekalkan reputasi mereka,” kata pakar Kejuruteraan Struktur Kejuruteraan Awam ini lagi.

DSC 7697 tile

DSC 7712 tile

DSC 7794 tile

Penilaian dari Lembaga Jurutera melalui EAC ini dijangka akan membolehkan kursus-kursus kejuruteraan yang ditawarkan menerima akreditasi selama tempoh enam tahun yang seterusnya akan memberikan nilai tambah kepada graduan-graduan kejuruteraan USM.

Penyelaras Bahagian Kualiti Akademik & Akreditasi, Profesor Madya Sr. Dr. Mohd Sanusi S. Ahamad menzahirkan ucapan terima kasih beliau atas sokongan daripada ahli jawatankuasa yang memberikan komitmen penuh dalam memastikan segalanya lancar sepanjang lawatan berlangsung.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman