Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KHATAN PERDANA KAMPUS KEJURUTERAAN RAI 16 KANAK-KANAK

DSC 7998

NIBONG TEBAL, 3 Disember 2018 – 16 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak diraikan melalui satu Majlis Khatan Perdana yang diadakan di Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia hari ini.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Taksiah A. Majid berkata, majlis ini diadakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 20 November yang lepas.

“Majlis berkhatan beramai-ramai seperti ini adalah sesuatu yang seharusnya dimanfaatkan oleh setiap ibu bapa yang terdiri daripada kakitangan mahupun masyarakat sekitar.

“Ini adalah kerana kelebihannya tidak terhad kepada aspek fizikal individu yang dikhatankan semata-mata malah akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ibu bapa masing-masing sewaktu majlis kesyukuran yang turut diadakan,” tambah beliau.

DSC 7985

DSC 8000

Diadakan untuk kali kedua sejak 2017, ianya turut dimeriahkan oleh pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, pasukan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Kampus Kejuruteraan dan Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Nibong Tebal.

Selain daripada itu, aktiviti lain yang diadakan adalah sesi berbekam secara moden dan tradisional dengan menggunakan tanduk kerbau, jamuan kesyukuran serta Kuliah Zohor Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Zainol.

DSC 8007 2

DSC 8011

Turut hadir adalah Pengarah Pusat Islam Kampus Kejuruteraan, Ustaz Mohammad Shukri Osman.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman