Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

MAHASISWA USM JAYAKAN KHIDMAT MASYARAKAT

1

NIBONG TEBAL, 14 Disember 2018 - 18 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa dari Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU) telah menyumbangkan khidmat untuk berbakti dalam Program Little Thing Means A Lot hari ini.

Program yang merupakan inisiatif Exco Kebajikan dan Kesukarelawan ini memerlukan pelajar-pelajar yang terlibat untuk menyusun selipar dan kasut jemaah di Masjid Putih, Nibong Tebal akan dilaksanakan setiap hari Jumaat sepanjang semester pengajian.

WhatsApp Image 2018 12 14 at 3.43.15 PM

Selain menyaksikan bagaimana mereka dapat memberikan sumbangan serta memainkan peranan dalam kalangan komuniti setempat, program ini juga dilihat dapat memberikan impak yang besar terhadap pandangan masyarakat akan sikap positif pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) khususnya dari Kampus Kejuruteraan.

WhatsApp Image 2018 12 14 at 3.43.17 PM1

Malah, program ini secara tidak langsung dapat mewujudkan kesedaran sivik dan menjadi contoh secara berterusan dalam kalangan Jemaah yang hadir.

Usaha USM ini diharap dapat terus mendidik masyarakat dalam meneruskannya sebagai satu budaya yang akan mewujudkan imej yang lebih baik kepada umat Islam pada hari ini dan di masa akan datang.