Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

TT USM CUP 2019, PASUKAN USM ANTARA YANG TERBAIK!

DSC 5841

NIBONG TEBAL, 7 Julai 2019 – Kejohanan TT USM Cup 2019 yang melabuhkan tirainya pada hari ini menyaksikan dua daripada pasukan Universiti Sains Malaysia (USM) berada dalam kedudukan yang terbaik melalui tiga kategori yang dipertandingkan.

Pasukan USM C berjaya merangkul johan TT USM Open 2019 kategori Berpasukan Terbuka menewaskan pasukan Just Architecture B dalam perlawanan akhir yang hanya berakhir pada jam 2.15 pagi manakala Pasukan USM A pula berjaya menjadi naib johan untuk kategori Berpasukan Beginner.

DSC 5496

DSC 6032

Pasukan Uncommon pula muncul sebagai juara dan juga pemenang tempat kedua Kategori ketiga iaitu Beregu Open.

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Profesor Ir. Dr. Zainal Ahmad dalam ucapannya mewakili Pengarah Kampus berharap agar setiap daripada peserta yang terlibat mengamalkan konsep bersaing secara sihat dan berintegriti sepanjang pertandingan berlangsung.

DSC 5449

DSC 5465

“Dalam keterujaan untuk mendaki puncak kemenangan pada hari ini, marilah kita melihat persaingan pada hari ini di dalam konteks yang berbeza.

“Jadikan lawan di dalam gelanggang sebagai pemangkin semangat untuk terus meningkatkan prestasi dan bukan sebagai musuh perlawanan semata-mata,” tambah Zainal.

Malah, beliau mahu setiap daripada pemain menjadikan pesaing masing-masing sebagai pendorong dalam mencabar diri agar menjadi lebih baik dan seterusnya memastikan prestasi serta potensi peribadi semua pihak dapat ditingkatkan.

DSC 5711

DSC 5673

DSC 5861

Pertandingan ini merupakan inisiatif bersama Kelab Ping-Pong USM dan juga Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kampus Kejuruteraan (KKSSK) dalam memberi sokongan kepada USM sempena dengan 50 tahun usia universiti ini pada tahun 2019.

Selain daripada itu, Zainal turut menekankan bahawa pertandingan ini juga merupakan salah satu daripada usaha universiti ini ke arah mendekati masyarakat terutamanya di sekitar utara tanah air.

“Selain daripada bersukan, kita semua pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara universiti ini dan semua yang terlibat sepanjang pertandingan dijalankan,” kata beliau.

DSC 5723

DSC 5998

DSC 6044

“Saya juga ingin menggalakkan semua, tanpa mengira usia tua ataupun muda, untuk mengambil serius akan kepentingan aktiviti fizikal seperti ini yang mana ianya adalah satu peluang yang unik untuk menguji kemampuan diri sendiri dan mengamalkan cara hidup sihat pada masa yang sama,” tambah Zainal.

Pertandingan berskala besar yang pertama kali seumpamanya diadakan di kawasan utara ini telah menghimpunkan penyertaan sebanyak 26 pasukan bagi Kategori Open, 68 pasukan bagi Kategori Beginners, 60 pasangan bagi Kategori Beregu Terbuka, 30 orang peserta daripada Selatan Tanah air, 400 orang peserta daripada Utara dan 50 orang peserta yang berumur 13 tahun.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman dan Bani Faidzzainami Baniyamin