Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KKSSK FC JUARA PERLAWANAN BOLA SEPAK MUHIBBAH 2019

DSC 7466

NIBONG TEBAL, 2 Ogos 2019 – Kelab Kebajikan Sukan dan Staf kejuruteraan (KKSSK) FC berjaya merangkul juara dan seterusnya menewaskan tiga lagi pasukan yang bertanding dalam Perlawanan Bola Sepak Muhibbah hari ini.

Sebagai cadangan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (HEPA), Profesor Dr. Aldrin Bin Abdullah berharap agar perlawanan yang berkonsepkan ukhwah dan muhibbah melalui sukan antara semua pasukan ini dapat dijadikan sebagai temasya tahunan.

Beliau yang turut bermain untuk pasukan dari Kampus Induk USM iaitu USM Veteran FC turut menyarankan agar perlawanan seterusnya diadakan di Kampus yang berlainan secara bergilir-gilir untuk memberi hak penganjuran yang adil kepada semua kampus yang terlibat.

DSC 6561]

DSC 6549

Selain daripada KKSSK FC, perlawanan yang merupakan pertama seumpamanya dianjurkan oleh Kampus Kejuruteraan, USM ini turut disertai oleh pasukan bola sepak dari Kampus Kesihatan (Dr. FC), Kampus Induk (USM Veteran) dan Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju (IPPT).

Bagi Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria pula, turut memuji usaha serta semangat para pemain dan penyokong terutamanya dari Kelantan yang sanggup menempuh perjalan panjang dalam memberikan sokongan kepada perlawanan ini.

DSC 7079

DSC 7340

Beliau turut bersedia dalam memberikan seratus peratus dokongan kepada Kampus Kejuruteraan untuk menghantar pasukan dan penyokong seandainya hak penganjuran perlawanan yang seterusnya diperolehi oleh Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, Kelantan, seperti yang dicadangkan oleh TNC HEPA.

Setiap pasukan pada perlawanan ini telah menurunkan 20 orang pemain terbaik pasukan masing-masing berlandaskan kepada format secara liga 1 pusingan dengan masa 15 minit bagi setiap perlawanan secara maraton tanpa pertukaran gelanggang.

DSC 6968

DSC 7413

Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Profesor Madya Dr. Jamaluddin Abdullah dalam ucapan pembukaan beliau pula berharap agar pertanding Pertandingan yang diadakan bersempena dengan sambutan 50 Tahun USM dan sambutan 30 Tahun Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik pada tahun 2019 ini di jalankan secara sihat dan penuh integriti.

Beliau berkata, bersama dengan semangat dalam meraikan usia universiti ini, pemain perlu turut mempamerkan kematangan masing-masing dengan hormat menghormati antara satu sama lain dan bermain dengan motivasi dalam usaha untuk mengejar kejuaraan dengan prestasi terbaik.

DSC 7485

Selain daripada perlawanan bola sepak yang diadakan, para pengunjung dan para penyokong yang hadir turut diberikan peluang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan Mamogram percuma yang dijalankan di Perkarangan Dewan Merdeka.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman