Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KITA JUARA DI HATI WARGA KAMPUS KEJURUTERAAN! – PENGARAH

DSC01946

PULAU PINANG, 18 Ogos 2019 – Kontinjen Pipit Hutan yang mewakili Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menambat hati seluruh warganya dengan kesungguhan dalam mempamerkan yang terbaik sempena Hari Warga USM 2019.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Pengarahnya, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria sebaik sahaja program berakhir semalam.

“Kita semua sudah melakukan yang terbaik dalam mengejar kejuaraan tanpa mengabaikan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang program berlangsung hari ini!

“Malah, saya berpuas hati dengan kontinjen Pipit Hutan kerana telah bertanding dengan penuh integriti dan bersaing secara sihat dengan enam kontijen lain demi menaikkan nama kampus kita, Kampus Kejuruteraan,” kata Azazi.

WhatsApp Image 2019 08 19 at 12.33.00 PM4

WhatsApp Image 2019 08 19 at 12.33.00 PM

WhatsApp Image 2019 08 19 at 12.33.00 PM1

Walaupun kurang bernasib baik untuk menjulang kemenangan, Kontinjen Pipit Hutan masih menyerlah melalui acara Khemah Terbaik dan berjaya mengekalkan kejuaraan selama enam kali berturut-turut.

Azazi turut menyatakan bahawa sudah menjadi adat pertandingan akan ada pemenang dan sebaliknya, apa yang penting, warga kampus menikmati keseronokan sepanjang pertandingan berlangsung dan mendapat reaksi yang positif dari warga kampus yang lain.

WhatsApp Image 2019 08 19 at 12.33.00 PM5

WhatsApp Image 2019 08 19 at 12.33.00 PM6

“Selain daripada itu, semestinya pertandingan kali ini telah berjaya mengeratkan lagi hubungan antara 200 orang peserta kontinjen walaupun berlainan jabatan dan pusat pengajian," kata beliau.

“Kepada semua, jangan mengalah, mari kita rapatkan kedudukan untuk kembali beraksi pada Hari Warga Staf akan datang dan akan tunjukkan bahawa Kampus Kejuruteraan tidak kurang dari mempunyai atlet-atlet yang berkualti,” tambah Azazi.

Hari Warga 2019 menyaksikan Kontinjen Pipit Hutan Kampus Kejuruteraan bersaing dengan enam kontinjen lain iaitu Merbah Surih, Tampung Bajau, Birik-Birik, Sambar Kuning (Kampus Induk); Pekaka Udang (Kampus Kesihatan), dan Pucung Harimau (Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, IPPT).

WhatsApp Image 2019 08 19 at 12.33.00 PM7

WhatsApp Image 2019 08 19 at 12.33.00 PM3

12 acara seperti sukaneka, Masterchef, Mini Soccer dan Mini Netball telah dipertandingkan melalui Hari Warga 2019 yang pertama kali melibatkan warga USM selain staf iaitu pelajar, alumni serta pesara ini.

Juara keseluruhan untuk Hari Warga USM 2019 disandang oleh Kontinjen Pekaka Udang dengan 1020 mata, Tampung Bajau ditempat kedua dengan 920 mata dan Merbah Surih ditempat ketiga dengan 880 mata.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman