Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

JUARA AERODANCE MILIK KAMPUS KEJURUTERAAN!

WhatsApp Image 2019 09 07 at 1.47.10 PM

PULAU PINANG, 12 September 2019 – Pasukan Aerodance Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merangkul kemenangan dalam acara Aerodance sempena #USMFIT Carnival @50th Anniversary di Kompleks Sukan Azman Hashim baru-baru ini.

Pengarah kampus, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah di atas kemenangan ini yang menurut beliau adalah setimpal dengan kerja keras yang dikorbankan oleh setiap daripada peserta yang terlibat.

“Selain daripada itu, saya juga mencadangkan agar pasukan sedia ada yang wujud dari gabungan staf dan pelajar ini dikekalkan.

“Semoga ianya akan menjadi pelopor kepada bidang sukan serta kebudayaan kampus kita ini demi mewujudkan komuniti yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi di dalam bidang-bidang yang lain juga,” kata Azazi.

WhatsApp Image 2019 09 07 at 5.08.19 PM

Karnival ini merupakan yang pertama seumpamanya diadakan di Universiti Sains Malaysia susulan daripada aplikasi dan program #USMFIT yang mula diperkenalkan pada 21 Februari 2018 demi membudayakan cara hidup sihat di kalangan warganya.

WhatsApp Image 2019 09 07 at 1.47.03 PM

Pasukan Aerodance Kampus Kejuruteraan menewaskan dua pasukan lain dari Kampus Induk dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM yang turut bertanding dalam merebut gelaran juara pada pertandingan kali ini.

WhatsApp Image 2019 09 07 at 1.47.06 PM

Azazi yang baru pulang daripada lawatan kerja ke Panama ini juga turut berharap agar semua ahli pasukan dapat memantapkan lagi usaha dan mengekalkan momentum masing-masing agar sentiasa bersedia kepada untuk menyertai pertandingan lain di masa akan datang.

“Semoga dengan penglibatan ini nanti akan menarik minat lebih ramai warga kampus terutamanya mereka dari pusat-pusat pengajian yang pastinya akan menjulang imej serta nama kejuruteraan sebaris dengan kampus-kampus cawangan lain di USM,” tambah Azazi.

Turut diadakan sepanjang carnival berlangsung adalah Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Pasukan Veteran dan Kelab Jasa Budi USM dengan bekas pemain Bola Sepak Veteran Negeri Pulau Pinang, Pemeriksaan Kesihatan, Klinik Obesiti serta Berhenti Merokok, Cabaran Kecergasan dan Permainan Tradisional.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Sumbangan Pasukan Aerodance Kampus Kejuruteraan USM