MYES’19 ANJURAN MPP KEJURUTERAAN USM BERJAYA TARIK 500 PENYERTAAN

DSC 4338

NIBONG TEBAL, 5 Oktober 2019 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sidang Akademik 2018/2019 telah berjaya mengadakan Malaysia Youth Empowering Summit (MYES ‘19) yang berlangsung di Dewan Utama Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Dianjurkan oleh pengerusinya yang merupakan salah seorang daripada exco MPP 2018/2019, Chai Rong Xing bersama 40 orang ahli jawatankuasa, program tersebut yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 7.00 malam ini telah berjaya dilaksanakan.

Dihadiri oleh lebih kurang 500 peserta yang terdiri daripada pelajar USM serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), MYES’19 membawakan dua sesi ucaptama dan empat forum diskusi sebagai agenda program selama 11 jam ini.

Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria telah menyampaikan ucaptama pembukaan sebelum seterusnya sama-sama merasmikan program ini bersama Pengurus Besar Higher Education Youth Association (HEYA), Puan Thoy Siew Ping.

DSC 4353

DSC 4327

DSC 4387

Forum yang pertama dengan tajuk Enchanting Social Media - Sugar-coating our Identity? membariskan empat orang selebriti media social terkenal seperti Christinna Kuan, Jestinna Kuan, Daniel Fong dan Wan Ali Syafiq.

DSC 4429

Forum yang kedua pula dibincangkan oleh mereka yang masih dalam usia belia namun mempunyai pengalaman hebat dengan berdirinya syarikat-syarikat dibawah pengurusan masing-masing iaitu Andrew Ngo (Pengarah Urusan Stoned & Co) Kent Chua (Pengasas bersama hombus Connexion) Perry Kuan (Pengasas Unofficial.co, UFCO MY, Hari Haru Speciality Coffee) Preston Les (Pengasas Peoplegraphy Production) dengan tajuk Reinventing Business in Hypebeast Era.

 FHA3031Presiden Pengajian Tinggi Youth Assosiation Malaysia, Ooi Tze Howe hadir menyampaikan ucaptama yang kedua dengan tajuk How Does the Youth Play the Role of an Active CItizen by Advocating Political Issues sebelum disusuli dengan forum ketiga yang bertajuk Acheiving World Class Athleticism in Global Arena.

 FHA3113

Forum Acheiving World Class Athleticism in Global Arena dibincangkan secara bersama antara Ooi Tze Liang (Penyelam Malaysia) Yong Jin Kun (Atlit Taekwondo Poomsae Malaysia) Geh Cheow Lin (Pelayar Malaysia) Johnathan Wong (Atlit Menembak Malaysia).

 FHA3123

Bagi segmen serta forum terakhir, MYES ‘19 mengetengahkan isu Malaysia - A World Leading Aerospace Country yang membawakan Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Urusan dari beberapa syarikat-syarikat terkenal di Malaysia iaitu Naguib Mohd Nor (Strand Aerospace Malaysia dan Presiden Malaysia Aerospace Industry Association), Kamarulazman Muhamed (Aerodyne Group), Datuk Zulkarnain Mohamed (Malaysia Operations Spirit Aerosystems Malaysia Sdn Bhd) dan Raymond Lim (Country of Airbus Malaysia).

MYES ’19 bermatlamat untuk menyediakan platfom kepada para peserta dalam meluaskan rangkaian, pengetahuan serta penglibatan masing-masing dalam bidang keusahawanan, sukan dan kejuruteraan.

Selain daripada itu, program ini juga diharap dapat dimanfaatkan oleh semua yang terlibat melalui perkongsian kemahiran serta pengalaman yang disampaikan oleh 15 orang ahli panel serta penceramah jemputan.

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI