Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KEKALKAN DAN TAMBAH BAIK SEIRING KEPERLUAN – NC

DSC 4485

NIBONG TEBAL, 12 Oktober 2019 – Naib Canselor (NC) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan mahu pencapaian serta kemudahan sedia ada di Kampus Kejuruteraan dikekalkan dan hanya perlu ditambah baik seiring dengan keperluan.

“Jika sesuatu seperti yang dinyatakan itu sudah berada pada tahap yang memuaskan, tugas utama kita adalah memastikan ianya terus cemerlang.

“Apa yang perlu adalah mewujudkan ruang agar ianya berkembang dari masa ke semasa demi manfaat bersama sebagai satu tindakan yang terbaik,” kata beliau.

DSC 4469

DSC 4508

Beliau turut menggesa agar semua pihak fokus kepada pencapaian serta program yang bukan semata dapat memberi impak kepada warga universiti, tetapi juga kepada masyarakat sekeliling.

Rafiq berkata demikian semasa sesi lawatan kali pertama beliau ke kampus  baru-baru ini sejak memegang NC USM pada 4 Oktober 2019.

Ketika ditanya akan harapan beliau terhadap Kampus Kejuruteraan, beliau berharap agar momentum serta kecemerlangan yang dicapai selama ini dapat diteruskan.

“Namun, saya juga mahu semua pihak di universiti ini meletakkan nilai kemanusian di dalam setiap yang dilakukan demi menunjukkan kepada mereka di luar sana bahawa ilmu pengetahuan kita USM itu bukan semata pada nama, tapi juga di dalam jiwa serta tindakan warganya,” tambah Rafiq.

DSC 4534

DSC 4571

Dalam lawatan selama setengah hari ini, selain daripada sesi perbincangan bersama dekan-dekan serta semua ketua jabatan, NC turut dibawa melawat sekitar kampus oleh Pengarahnya, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria.

Azazi pula, usai lawatan menyatakan harapan beliau agar lawatan ini akan memberi peluang kepada NC baharu USM itu untuk beramah mesra dan bertukar pandangan dengan ketua-ketua Pusat Tanggungjawab dalam ruang yang santai.

DSC 4582

DSC 4566

“Selain daripada itu, saya amat mengalu-alukan NC melalui sesi suai kenal serta lawatan kita di sekitar kampus pada hari ini.

“Semoga lawatan ini menjadi titik tolak kepada lawatan-lawatan yang berimpak positif seperti yang disarankan oleh beliau sambil mewujudkan jaringan hubungan yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak di masa akan datang,” tambah Azazi.

DSC 4619

DSC 4631

Di akhir lawatan, sambil diiringi oleh Azazi dan beberapa orang dekan dan ketua jabatan, Rafiq turut dibawa melawat ke Kompleks Sukan dan Padang, Kampus Kejuruteraan untuk melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kemudahan pelajar di kampus Kejuruteraan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman