Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

GALAS STATUS ALUMNI DENGAN PENUH INTEGRITI – PENGARAH KAMPUS

DSC 3959

PULAU PINANG, 27 Sepetember 2019 – Upacara Konvekesyen Komemoratif dan Konvokesyen ke-57 Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan seramai 835 orang graduan kejuruteraan berjaya menamatkan pengajian.

Pengarah Kampusnya, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria ketika turut sama menyertai Sidang ke-5 upacara tersebut berkata, graduan perlu tahu bahawa mereka masih membawa imej dan nama universiti walaupun sudah tidak lagi bergelar pelajar.

“Oleh yang demikian, penting untuk mereka berkembang dalam dunia pekerjaan di luar sana sambil menggalas tanggungjawab sebagai alumni dengan penuh integriti.

“Ini adalah untuk memastikan USM terus dipandang tinggi sebagai sebuah universiti yang bukan sahaja berjaya menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi mempunyai sahsiah diri yang boleh dibanggakan oleh semua pihak,” kata Azazi.

DSC 3943

DSC 3978

Daripada jumlah keseluruhan, seramai 277 orang adalah graduan Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah menerima ijazah masing-masing pada sidang satu serta sidang dua upacara kali ini pada 24 dan 25 September 2019 yang lalu.

Menyambut baik semua graduan ke dunia pekerjaan yang sebenar, Azazi turut berharap agar setiap daripada mereka akan meneruskan legasi USM untuk menyumbang semula bidang kepakaran masing-masing kepada masyarakat.

DSC 3982

DSC 3985

“USM menekankan kepentingan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya sejak dari tahun pertama pengajian masing-masing di universiti melalui.

“Kini, sudah tiba masa untuk anda semua berkongsi ilmu yang telah anda pelajari demi perubahan dalam yang memberi impak besar kepada masyarakat dan dunia di luar sana,” tambah beliau.

Upacara Konvokesyen Komemoratif dan Upacara Konvokesyen ke-57 Universiti Sains Malaysia (USM) yang berlangsung sehingga 29 September ini menyaksikan Seramai 6,338 graduan menerima skrol masing-masing melalui sepuluh sidang.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman