Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PENGARAH GESA WARGA KAMPUS PERGIAT AKTIVITI FIZIKAL

DSC 5046

NIBONG TEBAL, 24 Oktober 2019 – Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) digesa untuk mempergiatkan lagi aktiviti fizikal di kalangan warganya demi membudayakan cara hidup sihat.

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Pengarahnya, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dalam ucapan beliau semasa upacara penutup Larian USM Fit Run sempena sambutan Hari Sukan Negara 2019 di sini hari ini.

“Program ini bukan sahaja dapat dijadikan medium kepada semua yang terlibat untuk kekal aktif.

DSC 5059

DSC 5080

“Malah, ianya juga dapat merapatkan lagi silaturrahim antara satu sama lain, apatah lagi dengan adanya aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti zumba dan persembahan-persembahan kreatif daripada pelajar seperti ini,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, warga kampus juga harus mengambil peluang apabila program seperti ini dijalankan di dalam kampus.

“Kita di universiti mahu memupuk kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan di kalangan warganya terutamanya pelajar.

DSC 5163

DSC 5164

DSC 5180

“Buat seketika, cergaskan diri, lupakan sebentar tentang berehat di dalam bilik dengan gajet masing-masing, keluar dan sertai aktiviti yang dianjurkan demi tubuh badan yang cergas dan sihat,” tambah Azazi.

Perkara ini menurut beliau akan menjadikan pelajar yang dihasilkan USM seimbang di antara kecemerlangan akademik, sukan dan aktivti kokurikulumnya.

DSC 5267

DSC 5245

Seramai 1200 orang pelajar terlibat di dalam program yang turut dihadiri oleh beberapa orang pensyarah dan pegawai dari Pusat Rancangan Kokurikulum serta Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPPA), Kampus Kejuruteraan ini.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman