PILIHANRAYA KAMPUS, LAPAN MENANG TANPA BERTANDING

WhatsApp Image 2019 11 05 at 12.12.29 PM

NIBONG TEBAL, 30 Oktober 2019 - Pilihanraya kampus (PRK) yang berlangsung pada 24 Oktober 2019 di kampus-kampus utama Universiti Sains Malaysia (USM) menyaksikan lapan orang calon dari Kampus Kejuruteraan menang tanpa bertanding.

PRK kali ini menyaksikan untuk kali yang kedua pemilihan dan pengurusannya diuruskan hampir seratus peratus oleh pelajar tanpa penglibatan pihak pentadbiran universiti yang cuma bertindak sebagai pemerhati seperti yang disarankan oleh Menteri Pendidikan YB Maszlee Malik.

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM), Kampus Kejuruteraan bagi sidang akademik 2019/2020 adalah seperti yang berikut:-

1. Konstituensi Umum - KAMAL SAFWAN BIN JAMALUDIN

2. Konstituensi PPK Awam - INTAN SHAFINAZ BINTI ISMAN

3. Konstituensi PPK Aeroangkasa - YASHWINI A/P THAMIL SELVAM

4. Konstituensi PPK EE - SYED AMANI AL-SHAHAB BIN SYED FADZIL

5. Konstituensi PPK Kimia - FARAH ZAHIDAH BINTI ABD HALIM

6. Konstituensi PPK BSM - JOHAN BIN ABDUL RAHIM

7. Konstituensi PPK Mekanik - MUSA BIN AHMAD

8. Konstituensi IPS - KOO YEONG CHIN

Sejumlah 35 Konstituensi Pusat Pengajian dan 10 Konstituensi Umum bertanding di semua kampus USM iaitu Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan USM-KLE manakala Majlis Perwakilan Pelajar sidang terhahulu telah dibubarkan pada 17 Oktober 2019.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Sumbangan MPPUSM

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI