Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

ICT4U 2019 HIMPUN PAKAR ICT SELURUH NEGARA

ict4U 1

SEBERANG JAYA, 6 November 2019 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menganjurkan persidangan peringkat kebangsaan bertajuk Conference on ICT for University (ICT4U) 2019 pada 5 hingga 6 November 2019 bertempat di The Light Hotel, Bandar Sunway, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dengan tema "Inovasi & Amalan Terbaik dalam bidang ICT", seramai 181 orang telah hadir menjayakan persidangan ini yang terdiri dari pengucaptama, pembentang kertas kerja, peserta-peserta dari 15 universiti awam, dua universiti swasta, dua agensi kerajaan serta 15 rakan industri membincangkan dan berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing meliputi aspek pengurusan ICT, Enterprise Architecture, rangkaian, keselamatan ICT, telekomunikasi, IOT, Data Raya, Pangkalan Data serta Campus Solution.

ict4U 3

Di dalam persidangan tersebut sejumlah 24 kertas kerja, tiga ucaptama, satu forum dan dua bengkel teknikal telah dibentangkan. Pencapaian ini seharusnya dibanggakan dalam usaha menghimpunkan pakar-pakar pengamal ICT dari seluruh malaysia bagi berkongsi pengalaman serta hasil solusi “amalan terbaik” mereka dalam pentadbiran ICT di peringkat universiti-universiti di Malaysia.

ict4U 2

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Yusminar Yunus, Pengarah Bahagian Kerajaan Digital, Sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).