TIGA PROFESOR, TIGA KAJIAN, TIGA INSPIRASI

asdasdasd

NIBONG TEBAL, 6 November 2019 – Syarahan Umum Perlantikan Profesor yang berlangsung di Dewan Auditorium, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menyaksikan tiga orang profesor dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) diraikan.

Profesor Ts. ChM. Dr. Ahmad Zuhairi Abdullah, Profesor Dr. Lim Jit Kang dan Profesor Dr. Lee Keat Teong diraikan oleh keluarga tersayang, mentor, pelajar dan bekas pelajar masing-masing bersama lebih kurang 300 orang tetamu yang hadir.

Ketika ditanya usai sesi syarahan, Profesor Zuhairi menyatakan kegembiraannya kerana dapat berkongsi akan kajian beliau yang bertajuk Produk Hiliran Oleokimia, Inovasi Kejuruteraan Tindak Balas Dalam Mengharungi Kesuraman Industri Sawit.

DSC 6037

DSC 6054

“Selain perasaan dihargai dan diraikan, penerangan saya pada hari ini juga di harap dapat menjadi satu ilmu tambahan atau sekurang-kurangnya pengetahuan am yang berguna kepada semua yang hadir.

“Yang pasti, saya amat seronok kerana dapat menyampaikan mesej-mesej yang positif melalui perspektif kajian saya selama beberapa tahun ini,” kata beliau.

Bagi Profesor Dr. Lim Jit Kang pula, beliau berterima kasih kepada universiti ini kerana telah membuka peluang kepadanya melalui sumber-sumber penyelidikan berimpak tinggi sebagai tanda sokongan sejak beliau mula bergelar pensyarah di usia muda sebelum ini.

DSC 6074

“Saya turut berharap berharap agar kajian yang telah diterbitkan ini akan memberi lebih banyak manfaat kepada para saintis di luar sana di masa akan datang kerana dunia sains sentiasa berkembang,” kata beliau dengan tajuk syarahan Magnetoforesis Zarah-Nano Di Bawah Medan Magnet Berkecerunan Rendah.

“Malah, saya ingin menekan kepada semua pihak di luar sana, jika ingin berjaya, teruskan usaha, letakkan sains sebagai keutamaan dan bukannya mengejar Indeks Prestasi Utama (KPI) semata-mata,” tambah Profesor Lim lagi.

DSC 6137

Melalui tajuk Bahanapi-Bio bagi Mengatasi Fenomena Pemanasan Suhu Gobal, Evolusi Bahanapi-Bio generasi Pertama Sehingga Ke-empat, Profesor Dr. Lee Keat Teong berharap agar kajian beliau akan dapat memberi inspirasi kepada generasi muda pada hari ini.

“Itulah tujuan utama penyelidikan saya selama ini, saya mahu ianya menjadi inspirasi kepada mereka untuk menghasilkan kajian yang lebih berkualiti di masa akan datang,” kata beliau.

“Saya juga seharusnya menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak, USM terutamanya kerana telah menjadi tulang belakang kepada pencapaian-pencapaian saya pada hari ini.

“Hari ini sebenarnya adalah hari untuk kami meraikan dan menunjukkan penghargaan kepada mereka semua,” tambah Profesor Lee.

DSC 6171

Turut hadir adalah ahli Lembaga Gabenor Universiti, Professor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria dan mantan Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman

xICON-BAKAL PELAJARixICON-PELAJARxICON-IBUBAPAPELAWATxICON-STAFFxICON-ALUMNI