Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

DEKAN, TIMBALAN DEKAN PPKM ANTARA YANG BERJAYA TAKLUK PUNCAK GUNUNG KINABALU

74680676 498837937510654 2310134587780497408 n

KOTA KINABALU, 1 November 2019 – Seramai 10 orang peserta termasuk Dekan, Timbalan-timbalan Dekan, Pensyarah dan alumni Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PPKM) Universiti Sains Malaysia (USM) antara yang berjaya menamatkan Misi Pendakian Gunung Kinabalu hari ini.

Menariknya, misi yang telah dirancang sejak awal tahun ini diketuai oleh Dekan PPKM sendiri iaitu Profesor Madya Dr. Jamaluddin Abdullah.

75610821 498837957510652 8246343397367873536 n

Pendakian yang bermula pada 30 Oktober dan berakhir pada 1 November 2019 ini diadakan bagi meraikan 30 tahun penubuhan pusat pengajian dan 50 tahun penubuhan USM.

73101123 497916334269481 6817251604387856384 o

Selain daripada Dekan, peserta lain yang terlibat adalah Dr. Abdullah Aziz Saad (Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa), Dr. Mohamad Aizat Abas (Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti), Dr. Muhammad Iftishah Ramdan (Pensyarah), Profesor Dr. Zaidi Mohd Ripin (Pensyarah) dan alumni, Amirul Asraf Azmi, Aliff Danial Zulkifli, Azrul Zhafran Azreezul serta Azizi Arbain.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Sumbangan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal