Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

CICLISTA TAJA PAKAIAN RASMI SKUAD BASIKAL USM

cyclista image2

SHAH ALAM, Selangor, 19 Ogos 2015 – Syarikat pembekal pakaian dan kelengkapan sukan, Ciclista telah menyumbang jersi beserta bib bagi atlet pasukan basikal Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM 2015) yang bermula dari 17 hingga 23 Ogos di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shahirudeen Seeni Mohamad berkata sukan basikal di negara ini sedang meningkat naik dan permintaan terhadap peralatan basikal termasuk kelengkapan pakaian juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat sukan ini.

cyclista 8506“Kami ingin menjadi pembekal pakaian dan kelengkapan semua jenis sukan”, katanya ditemui selepas sesi penyerahan jersi kepada atlet berbasikal USM.

“Buat masa ini, kelengkapan sukan basikal merupakan produk utama kami dan yang terbesar”, tambahnya yang lebih dikenali dengan panggilan Deen.

Menurut Deen, terdapat juga kelengkapan lain seperti jersi bola sepak, ragbi dan lain-lain sedang berjalan dalam peringkat permulaan.

“Saya yakin dengan sesi latihan yang cukup, pasukan USM dapat mengekalkan kemenangan pada tahun lalu dan memenangi sebanyak mana pingat yang dipertandingkan seterusnya mengharumkan nama universiti.

Mengakhiri perbualan, beliau gembira dapat bekerjasama dengan pihak USM seterusnya menyatakan hasrat ingin menganjurkan sukan bertaraf nasional dan antarabangsa dalam memajukan sukan di Malaysia.

Sebanyak 10 pasang jersi rasmi bagi skuad basikal universiti termasuk pakaian rasmi pegawai ditaja oleh syarikat ini.

Teks: Mohd Kamil Ashar /Foto : Abdul Hafiz Abdul Hamid