Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

61 PELAJAR DARI TIGA SEKOLAH RENDAH LAWAT AEROANGKASA

SK Sg Kepar

NIBONG TEBAL, 13 Ogos 2015 – Seramai 61 pelajar tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Gedung dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Wah mengadakan lawatan sambil belajar di Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa di sini semalam.

Menurut Ketua Lawatan Fadhil Sidik berkata, program tersebut diadakan adalah berkonsepkan kesedaran dalam membentuk pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan terutamanya peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR).

“Pendekatan program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid tahun enam mengenai peluang melanjutkan pengajian yang lebih tinggi seperti di USM dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa”, kata Fadhil yang juga merupakan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Kepar.

Program bermula sewal jam 8.30 pagi dengan ceramah motivasi bertajuk Program Rancangan Integrasi Untuk Perpaduan, Rimud Zon Semanggol 2015 disampaikan Pegawai Pejabat Daerah Kerian, Tuan Haji Mohd Yusof Yahaya dan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, Bagan Serai, Perak, Mohamad Shah Ramli.

Seramai sembilan orang guru pengiring mewakili setiap sekolah turut sama dalam lawatan ini dan rata-rata berpuas hati dengan layanan dan kemudahan yang disediakan oleh universiti.

Salah seorang pelajar program yang ditemui menyatakan perasaan teruja dan gembira kerana terpilih untuk menyertai lawatan ke Universiti Sains Malaysia (USM) buat pertama kalinya.

“Saya sangat seronok dan bersyukur kerana berpeluang turut serta dalam lawatan ini”, katanya.

Teks: Norafiza Osman / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin