Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

WALKROBIK DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2015 MERIAH

mss walkrabik 4054

NIBONG TEBAL, 4 September 2015 – Program Walkrobik dan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 yang berlansung di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia, di sini hari ini berlansung dalam suasana meriah.

mss walkrobik DSC4049

Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd Ishak berkata semua program yang dianjurkan oleh pihak universiti sepanjang Program Pimpin Siswa Lestari (PPSL) adalah untuk memastikan mereka menjadi yang terbaik.

“Universiti sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai aktiviti dalam memastikan semua mahasiswa sentiasa berada dihadapan dan bersedia menghadapi cabaran”, katanya  semasa menyampaikan ucapan perasmian program.

mss walkrobik DSC4031

Tegasnya, USM sentiasa berada dihadapan dalam pelbagai bidang sama ada dalam akademik dan pembelajaran mahupun penyelidikan.

“Saya mahu semua sentiasa cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum”, ujar Zainal.

mss walkrobik DSC4011

Program kedua terakhir sepanjang Program Pimpin Siswa Lestari ini memerlukan semua mahasiswa baharu dan staf berjalan mengelilingi sebahagian kawasan kampus sejauh1.9 kilometer.

Lebih memeriahkan sepanjang perjalanan diringi dengan kayuhan beca dan basikal tua yang bewarna-warni serta paluan gendang dan lagu kebangsaan.

mss walkrobik DSC4015

Yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Profesor Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Ahmad Zuhairi Abdullah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankusa Penganjur Program Walkrobik dan Sambutan Hari Kemerdekaan 2015.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin