Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KAMPUS KEJURUTERAAN MULAKAN MODUL PIMPIN SISWA LESTARI 1

PSL1 4452

NIBONG TEBAL, 11 September 2015 – Program PIMPIN Siswa Lestari Siri 1/2015 anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) yang bermula dengan sesi taaruf dan pengenalan kepada modul World Café disambut baik pelajar baharu sidang akademik 2015/2016 di sini hari ini.

Program selama tiga hari itu diwujudkan atas inisiatif pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk melatih siswa-siswi agar lebih berdaya saing, unik, berkualiti dan membina kekuatan dari segi mental dan fizikal selaras dengan moto USM “Kami Memimpin”.

PSL1 4426

“Program hari ini dimulakan dengan sesi taaruf iaitu perkenalan yang melibatkan antara peserta dengan peserta dan juga fasilitator dengan peserta”, kata urusetia program, Nurul Amni Azizan.

“Sesi ini merupakan salah satu pendekatan dalam modul yang ditambahbaik untuk Program PIMPIN Siswa Lestari pada kali ini’’, katanya lagi.

“Aktiviti dalam modul taaruf ini juga merangkumi lukisan persepsi, graf masa, kamu tanya saya jawab dan perlambangan”, tambah Nurul Amni yang juga merupakan alumni USM itu.

PSL1 4402

Seramai 52 orang fasilitator dan pembantu fasilitator yang terdiri daripada kalangan pelajar dan kakitangan membantu dalam merealisasikan program kali ini.

Hadir sama membuat tinjauan program pada hari pertama di sini ialah Pengarah Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA),  Dr. Nazarudin Zainun.

Teks: Norafiza Osman / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin