Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

SEKUMPULAN PELAJAR PUO LAWAT PPKEE

puo 5662

NIBONG TEBAL, 30 September 2015 – Seramai 19 pelajar diploma semester satu hingga tiga dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar (PUO) gembira dengan lawatan sambil belajar ke Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini semalam.

Menurut Ketua Lawatan, Puan Yusma Mohd Yusoff berkata, program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar PUO seterusnya dapat menjalinkan kolaborasi di antara PUO dan juga USM pada masa hadapan.

puo 5682

“Saya yakin lawatan ini dapat membuka minda pelajar untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan memberikan motivasi khususnya kepada pelajar ini bahawa mereka masih berpeluang untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang dan dapat bersaing dengan graduan lain dalam pasaran”, katanya.

Program bermula pada jam 10.00 pagi dengan taklimat ringkas daripada Ketua Penolong Pendaftar, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Rosni Hassan sebelum dibawa melawat ke makmal.

puo 5651

Dalam temubual dengan salah seorang pelajar yang hadir menyatakan kegembiraan dan bersemangat untuk turut bersama rakan-rakan dalam lawatan ke universiti ini yang merupakan pusat pengajian impiannya untuk menyambung pengajian diperingkat yang lebih tinggi.

“Saya sangat gembira dan teruja kerana terpilih dalam lawatan ini dan ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke USM, Kampus Kejuruteraan”, kata Anis Rasyikah Ramzi yang merupakan pelajar semester tiga Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ungku Omar (PUO) itu.

“Banyak alatan yang digunakan di pusat pengajian ini dan kebanyakkannya lebih canggih berbanding dengan alatan yang terdapat di PUO”, tambahnya lagi.

puo 5687

Rata-rata pelajar yang hadir menyatakan rasa puas hati dengan lawatan dan layanan yang diberikan oleh pihak universiti serta dapat membuka minda mereka mengenai peluang yang boleh diperolehi terutamanya di Universiti Sains Malaysia.


Teks: Norafiza Osman / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin