Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

SEHARI BERSAMA SELEBRITI TVALHIJRAH

magnet diri 5718

NIBONG TEBAL, 01 Oktober 2015 – Lebih 80 peserta dalam kalangan staf Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) menghadiri “Kursus Kecemerlangan Diri Berkonsepkan Magnet Diri Bersama Amin Idris” di sini semalam.

Program anjuran Pusat Transformasi Insan (PTI), Universiti Sains Malaysia itu berlangsung dalam suasana ceria di Dewan Seminar, Bangunan Pentadbiran yang dihadiri staf akademik dan juga bukan akademik.

Menurut selebriti TVAlhijrah itu, matlamat yang besar, jelas serta jangan mudah berputus asa seterusnya belajar daripada kesilapan perlu ada dalam diri manusia untuk menjadikan seorang itu lebih baik pada masa hadapan.

magnet diri 5710

“Konsep diri merupakan salah satu teori yang sangat penting aplikasinya dalam mencipta diri agar lebih berpengaruh dan ia juga dikenali sebagai imej diri”, katanya.  

“Membina ‘energi’ dalam diri, adalah sangat penting untuk memahami tentang konsep diri kerana ia banyak mempengaruhi diri kita lebih-lebih lagi dalam melakukan perubahan”, jelasnya.

Tambah Amin lagi, banyak kajian yang dijalankan ke atas individu-individu yang berjaya dan mendapati mereka memiliki konsep yang positif, manakala individu-individu yang tidak berjaya menunjukkan sebaliknya.

magnet diri 5705

Menurut penganjur program, Pegawai Pusat Transformasi Insan (PTI), Hasdi Md. Akhir berkata program yang dianjurkan itu bertujuan untuk memberikan latihan dan memotivasikan serta membuka minda staf dalam menjalankan tugas seharian di jabatan masing-masing secara individu mahupun berkumpulan.

“Secara keseluruhannya, peserta program dapat memahami tentang kemahiran yang dipelajari dari program ini iaitu melalui modul Magnet Diri seperti konsep diri, komunikasi interpersonal, teknik memuji, teknik mengkritik, teknik mengagihkan tugas dan teknik menginspirasikan pekerja dan rakan setugas”, katanya.

Teks: Norafiza Osman / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin