Selamat Datang Ke Unit Kesihatan

Unit Kesihatan, USM Kampus Kejuruteraan dikendalikan oleh dua orang Pegawai Perubatan dan seorang Pegawai Pergigian dibantu oleh satu orang Penolong Pegawai Perubatan, yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada pelajar, tanggungan pelajar, kakitangan, tanggungan kakitangan, keseluruhan warga Universiti termasuk pelawat rasmi universiti. Ia menyediakan perkhidmatan pesakit luar bagi kes-kes ringan juga rawatan kecemasan, bagi kes-kes yang serius akan dirujuk kepada lain-lain hospital berdekatan seperti Hospital Parit Buntar, Hospital Daerah Sungai Bakap, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Seberang Jaya. Ia juga bertanggungjawab memastikan kebersihan alam sekitar kampus untuk mengelak pembiakan nyamuk aedes dan menjaga tahap kebersihan kantin adalah memuaskan dari segi mutu makanan dan pekerjanya untuk menjamin kesihatan yang sempurna kepada pelajar dan masyarakat kampus.

    Objek Kualiti
  • 80% purata masa menungggu untuk berjumpa doktor di Unit Pesakit Luar Pusat Sejahtera, Kampus Induk adalah dalam tempoh 1 jam 45 minit dan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan adalah dalam tempoh 1 jam selepas mendaftar di kaunter pendaftaran.
  • 95% keputusan ujian stat untuk full blood count yang dijalankan di Unit Makmal Diagnostik Pusat Sejahtera, Kampus Induk dan Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan boleh diperolehi dalam tempoh 40 minit.
  • 95% purata pemeriksaan radiologi biasa di Unit Pengimejan Diagnostik di Pusat Sejahtera, Kampus Induk siap dalam tempoh 20 minit.
  • 90% purata masa menunggu untuk dipanggil mendapatkan bekalan ubat di Unit Farmasi Pusat Sejahtera, Kampus Induk adalah dalam tempoh 20 minit dan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan adalah dalam tempoh 30 minit.
  • 90% purata masa menunggu untuk dipanggil mendapatkan rawatan di Unit Pergigian Pusat Sejahtera, Kampus Induk dan di Unit Kesihatan, Kampus Kejuruteraan adalah dalam tempoh 30 minit bagi pesakit yang mempunyai temujanji, selepas mendaftar di kaunter pendaftaran.

Dasar Kualiti ...


“Kami beriltizam dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan terbaik bagi memenuhi keperluan pelnaggan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan serta memperkasakan bakat masa depan. Kami yakin komitmen yang padu ke arah penambahbaikan berterusan akan menjamin kelestarian dan kecemerlangan universiti pada peringkat antarabangsa.”