Dental / Klinik Pergigian

Unit Pergigian terletak di dalam Pusat Kesihatan USM Kejuruteraan. Bangunan Pusat Kesihatan terletak dibahagian pintu masuk hadapan Kampus Kejuruteraan yang berhadapan dengan kafeteria, pusat kakitangan dan pelajar , Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia . Ia mula beroperasi dalam bulan April tahun 2009 . Ianya diketuai oleh seorang Pegawai Pergigian dan seorang Pembantu Pembedahan Pergigian yang bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kesihatan pergigian kepada pelajar dan kakitangan dibawah Unit Kesihatan USM. Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Pergigian adalah rawatan scaling, filing, extraction. Bagi kes-kes yang serius pula akan dirujuk kepada hospital yang berdekatan.