Mulai 1 Mac 2011, lakaran sejarah bermula buat semua staf USM sama ada daripada kalangan staf akademik mahu pun bukan akademik apabila semua mereka akan mengaplikasikan Human Capitol Management System atau ringkasnya HCMS dalam ‘memetakan’ petunjuk-petunjuk prestasi sepanjang tahun masing-masing secara ‘on-line’. Demikian kata Profesor Dr. Abd Aziz Tajuddin, Pengerusi Talent Management USM-APEX dalam satu taklimat kepada semua staf bukan akademik pada 18 Februari lalu, bertempat di Dewan Auditorium, Kampus Kejuruteraan, USM.
KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2010/2011
Jumaat, 18 Februari 2011 16:58
Keputusan rasmi pencalonan pemilihan MPP 2010/2011 yang diumumkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) pada 17 Februari lalu sekali lagi menunjukkan keputusan yang hampir sama dengan pemilihan pada tahun-tahun sebelumnya. Kesemua konstituensi yang dipertandingkan telah dimenangi tanpa bertanding termasuk konstituensi Umum kecuali konstituensi PPK Awam yang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu.
PENGURUSAN DESASISWA JAYA TERKEHADAPAN DENGAN SPD@JAYA
Jumaat, 18 Februari 2011 16:51
Pengurusan Desasiswa Jaya, Kampus Kejuruteraan selangkah kehadapan mendahului desasiswa-desasiswa di USM dalam usaha menawar dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan dengan mengaplikasikan Sistem Pengurusan Desasiswa atau SPD@Jaya dalam pentadbiran hariannya. Pelancaran aplikasi sistem tersebut telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Omar Osman, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, pada 16 Februari 2011 yang lalu.
KEJOHANAN RAGBI USM 10’S BERENTAP DI KAMPUS KEJURUTERAAN
Jumaat, 11 Februari 2011 08:26
Sebanyak 48 pasukan ragbi seluruh negara akan berentap di padang Kampus Kejuruteraan, USM bagi merebut Piala Kejohanan Ragbi USM 10’S pada 12 dan 13 Februari 2011 di padang Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan, USM.