PPK BAHAN DAN SUMBER MINERAL BANTU WANITA PULAU PINANG HASILKAN PRODUK SERAMIK BERKUALITI
Rabu, 16 Februari 2011 15:51
Seramai 25 peserta wanita dari seluruh negeri Pulau Pinang telah menjalani kursus selama dua hari pembikinan produk berkualiti berasaskan seramik-tanah liat bermula dari 11 hingga 12 Februari yang lalu. Kursus di bawah Siri Bimbingan Teknikal Program Jaringan Industri dan Masyarakat tersebut adalah anjuran bersama PPK Bahan dan Sumber Mineral dengan Jabatan Pembangunan Wanita, Pulau Pinang.
Career Fair 2011 telah melabuhkan tirainya pada petang 26 Januari 2011 yang lalu dengan Majlis Penutupannya telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Abd Aziz Tajuddin. Dalam ucapan penutupannya, Pengarah Kampus Kejuruteraan mengharapkan para pelajar dapat memperolehi dan mempelajari sesuatu yang memberikan manfaat di samping dapat menambahkan pengalaman selama dua hari mengadakan hubungan dan komunikasi secara langsung dengan pihak industri.
PUSAT ISLAM KAMPUS KEJURUTERAAN ANJUR ‘UKHUWWAH DAY’
Selasa, 25 Januari 2011 15:06
Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan bersama-sama dengan Sekolah Antarabangsa akan menganjurkan program Ukhuwwah & Haiyya Ila Sihhah pada 27 Januari 2011, bertempat di Foyer Pusat Islam bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
ISU MINGGU INI: PENAMPILAN DIRI BAKAL JURUTERA NEGARA
Jumaat, 21 Januari 2011 15:46
Penampilan diri atau lebih tepatnya personaliti diri mahasiswa-mahasiswi di khalayak ramai sudah jelak diperbualkan. Isu lama yang tidak pernah ‘reda’ daripada terus dibicarakan ibarat api dalam sekam oleh pelbagai pihak sama ada secara terbuka mahu pun sebaliknya terutamanya di dalam ruang ‘habitat’nya sendiri-kampus.