Main
Profile
Organizational Structure
Clients Charter
Deans & Heads of Department
Gallery
Map
Visitors@Campus
 

 










 

PUSAT PEMBANGUNAN SISWA MERANGSANG AKTIVITI PELAJAR PDF Print E-mail
Written by mnmz   

PPP_2194

Ibaratkan bulan jatuh ke riba, itulah gambaran yang sewajarnya dapat dirasai oleh semua pelajar Kampus Kejuruteraan  apabila Pusat Pembangunan Siswa yang sekian lama dinanti-nantikan itu akhirnya menjadi satu kenyataan.  Sejak sekian lama, dari mula berpindah dari Kampus Kejuruteraan di Tronoh, Perak ruang aktiviti pelajar bagaikan terbatas dan seolah-olah ‘menumpang’ di foyer-foyer desasiswa-desasiswa yang sedia ada. Kini, pelajar-pelajar di Kampus Kejuruteraan sewajarnya berbangga mempunyai bangunan sendiri yang lebih selesa, kondusif dan berkonsepkan ‘One-Stop-Centre’.

 

PPP_2207

Pusat Pembangunan Siswa yang menelan belanja hampir RM 4 juta di bawah peruntukan RM ke-9 tersebut dilengkapi  dengan kemudahan-kemudahan meliputi ruang Pejabat Perwakilan Pelajar yang lengkap dengan kemudahan kepejabatan bagi membolehkan kesemua exconya beroperasi, Bilik Mesyuarat yang boleh menampung bilangan di antara 15 ke 20 orang untuk setiap kali mesyuarat diadakan, Bilik Persatuan yang boleh memuatkan lebih daripada lapan persatuan yang lengkap dengan perabot dan kemudahan telekomunikasi, Surau lelaki dan wanita yang boleh menampung di antara 20 ke 30 jemaah  dan Dewan Serbaguna atau dinamakan Dewan Mahasiswa yang boleh menampung kapasiti di antara 200 ke 300 orang dalam satu-satu masa. 

PPP_2217

Untuk perkembangan dan kemurnian bakat kesenian pelajar pula, kemudahan seperti Studio Tarian dan Studio Muzik yang lengkap dengan peralatan muzik dan alat audio visual turut disediakan. Yang lebih menariknya sebuah kafeteria juga disediakan. Dalam erti kata lain, Pusat Pembangunan Siswa menyediakan segala bentuk kemudahan dalam bentuk ‘One-Stop-Centre’ bagi memudahkan dan memberikan keselesahan optimum kepada para pelajar untuk lebih fokus kepada aktiviti masing-masing.

PPP_2223

Bagi pelajar atau staf daripada golongan kurang upaya (OKU), tidak perlu bimbang kerana  bangunan ini telah mengambil peduli dan cukup prihatin dan mesra OKU.  “Pavement” yang ada boleh menghubungkan mereka dengan mudah ke setiap ruang yang dinyatakan, malah tandas yang ada juga mesra  OKU.

Satu yang tidak dapat dinafikan akan ke‘significant’ bangunan ini  adalah ia akan menjadi tumpuan para pelajar khususnya dan tidak terkecuali juga staf yang aktif dalam sukan dan riadah disebabkan jaraknya dengan balapan olahraga dan kompleks sukan hanya berjarak lebih kurang 50 meter.

Sudah pastinya juga tempat meletakkan kenderaan yang sering menjadi rungutan dan rebutan di antara pelajar dan staf tidak menjadi masalah kerana bangunan ini mempunyai  tempat meletakkan kenderaan yang luas yang membolehkan di antara 30 ke 40 kereta khususnya di’parking’ dalam satu-satu masa.

PPP_2219

Malah menurut Encik Mohd Rashid Abdul Rejab, Penolong Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, “ Bagi menarik lebih ramai pelajar datang dan menggunakan kemudahan yang terdapat di bangunan ini, pihaknya merancang untuk menjadikan  foyer bangunan sebagai ruang perniagaan yang akan menempatkan  beberapa gerai atau kiosk  untuk membolehkan  pelajar menyerlahkan bakat-bakat keusahawanan mereka berniaga di samping dapat menjana  kewangan untuk persatuan masing-masing”.

Sebaliknya apabila ditanyakan tentang kelengangan yang begitu terasa ketika ini, beliau menambah, “ Memang tidak dinafikan sejak mula dibuka, tidak ramai pelajar yang datang ke Pusat Pembangunan Siswa ini, dijangkakan pada awal bulan Januari 2011 nanti, ia akan menjadi semakin rancak apabila  persatuan-persatuan pelajar mula berpindah ke bangunan ini dan kafeteria dan kiosk perniagaan mula dibuka“.

Dengan tersergamnya bangunan  tersebut yang terletak dilokasi yang amat strategik di tengah-tengah perjalanan di antara desasiswa dengan kompleks sukan dan balapan, sudah cukup melambangkan aspirasi, keprihatinan dan keterserlahan pihak Universiti dalam memberi ruang yang kondusif untuk para pelajar menjana, mengiatkan dan merancakkan lagi aktiviti berpesatuan, berekreasi, bersukan dan beriadah mereka di Kampus Kejuruteraan.

Informasi diolah oleh: Mokhtar Alfakari Anurbek, Sarina Musa, Mohd Suhaimi Shahidin
Fotografik: Shafizan Zoolkiffli, Mat Noor Md. Zain

 

 

Aerospace Engineering
Civil Engineering
Electrical & Electronic Engineering
Materials and Mineral Resources Engineering
Chemical Engineering
Mechanical Engineering
School of Languages, Literacies and Translation
Science and Engineering Research Centre [SERC]
River Engineering and Urban Drainage Research Centre [REDAC]
Collaborative µElectronic Design Excellence Centre [CEDEC]

Bursary
Centre for Knowledge, Communication & Technology
Division of Student Affairs & Development
Desasiswa Jaya
Desasiswa Lembaran
Desasiswa Utama
Development Department
Health Unit
Islamic Centre
Library
Registry

KKSSK


Contact Us:
Engineering Campus
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Pulau Pinang
MALAYSIA

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my



Emergency Hotline:
Penang - Main Campus
+604 653 4999 ( Security Department )

Engineering Campus
+604 599 5033 ( Security Department )

Health Campus
+609 767 5999 ( Security Department )
+609 767 3999 ( Security Unit)