|

26 April 2012- Penampilan pertama kali Majlis Perbandaraan Kelang tidak menghampakan apabila muncul Juara dalam kejohanan Ragbi USM 10’s edisi ke-8 yang telah berlangsung selama dua hari mulai 21 dan 22 April 2012 yang lalu di padang Kompleks Sukan, Kampus Kejuruteraan. Manakala SMK Anderson pula mendominasi dalam ketegori Sekolah/Matrikulasi.
Kejohanan bertaraf kebangsaan di bawah anjuran Kelab Ragbi USM, Kampus Kejuruteraan dengan kerjasama Unit Sukan, USM Kampus Kejuruteraan kali ini telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 30 buah pasukan dari seluruh Negara dalam ketegori Terbuka Kelab/IPT dan 15 buah pasukan dari kategori Sekolah/Matrikulasi yang menawarkan hadiah wang tunai sejumlah RM2,200.00 untuk kategori Terbuka Kelab/IPT dan RM1,000.00 untuk kategori Sekolah/Matrikulasi serta Piala Pusingan.

Apa yang menariknya, johan tiga kali berturut-turut, Kor Jurutera Jentera Letrik Diraja gagal mempertahankan kejuaraan pada tahun ini dan terpaksa melepaskan Piala Pusingan Kejohanan kepada pasukan Majlis Perbandaran Klang yang berjaya ‘menjinakkan’ PDRM Perak pada perlawanan akhir. Kemenangan julung-julung kali itu menyaksikan Majlis Perbandaran Klang dengan bergayanya membawa pulang Piala Iringan, Piala Pusingan, Medal dan Wang Tunai RM1,000.00 dan diikuti oleh pasukan PDRM Perak dan tempat ketiga disandang oleh pasukan dari RMR Saka.
Sepertimana kategori Terbuka Kelab/IPT, nasib yang sama juga menimpa juara edisi yang lalu bagi kategori Sekolah/Matrikulasi, iaitu pasukan dari SM Sains Pokok Sena tunduk dengan kehebatan SMK Anderson. Selaku Naib Juara mereka membawa pulang hadiah berupa Medal Kejohanan dan juga Wang Tunai berjumlah RM300.00. Manakala Johan, SMK Anderson membawa pulang Medal Kejohanan, Piala Iringan dan Wang Tunai RM700.00.

Majlis Penutup Kejohanan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Profesor Abd. Aziz Tajuddin, Pengarah Kampus. Hadiah untuk para pemenang pula telah disampaikan oleh Yang Berusaha Profesor Nor Azazi Zakaria, Pengarah REDAC dan Encik Muhamad Bin Mohd Hanif, Pengarah Pusat Sukan Dan Rekreasi. Juga turut hadir menyaksikan pelawanan akhir tersebut adalah Encik Mohd Saad Bin Haji Din, Timbalan Pendaftar, Jabatan Pendaftar

Keputusan akhir keseluruhan kejohanan adalah seperti berikut:-
KATEGORI TERBUKA KELAB/IPT
FINAL PERINGKAT CUP – Juara MAJLIS PERBANDARAN KLANG(MPK) MAJLIS PERBANDARAN KLANG(MPK) mengalahkan PDRM PERAK Skor: 7:5
FINAL PERINGKAT PLATE - X-JOKERS X-JOKERS mengalahkan KUALA MUDA RC Skor: 15:0
FINAL PERINGKAT BOWL - UITM ARAU UITM ARAU mengalahkan RMR SAKA Skor: 14:7
FINAL PERINGKAT SHIELD - PENANG BARBARIAN PENANG BARBARIAN mengalahkan ANSARA PENDANG Skor: 27-5
KATEGORI SEKOLAH/MATRIKULASI
FINAL PERINGKAT CUP – Juara SMK ANDERSON SMK ANDERSON mengalahkan SMS POKOK SENA Skor: 14:5
FINAL PERINGKAT PLATE- SMK TUNKU MENTERI SMK TUNKU MENTERI mengalahkan SM TEKNIK BUKIT MINYAK Skor: 10:5
FINAL PERINGKAT BOWL - SMK PENANTI SMK PENANTI mengnalahkan SMK TELUK KUMBAR Skor: 29:0
Informasi oleh: Mokhtar Alfakari Anurbek & Unit Sukan, USM Kampus kejuruteraan Foto/Grafik: Shafizan Zookiffli No. Siri: 14/2012 |