Utama
Profil
Struktur Organisasi
Dekan & Ketua Jabatan
Galeri
Peta
Pelawat@Kampus
 

 





 

NATIONAL RESEARCH COUNCIL & PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY, THAILAND BERKUNJUNG UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN PDF Cetak E-mail
mnmz   

ThaiNRC_9503

24 Mei 2012-  “Kami amat teruja dengan kehebatan USM. Kami berkunjung untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman dengan USM dalam melestarikan program pengajiannya”, ujur Profesor Dr. Surin Setamanit yang mengetuai delegasi seramai 23 pegawai yang terdiri daripada 16 staf dari National Research Council dan 7 dari Prince of Songkla University.  Ketibaan mereka pada petang, 22 Mei yang lalu telah disambut oleh Profesor Dato’ Ir. Dr. Eric Goh , Penyelaras Bahagian Kualiti & Akridetasi yang mewakili Pengarah Kampus.

ThaiNRC_9522

Sungguhpun, USM bukan asing bagi kami, tetapi penobatannya sebagai Universiti-APEX telah mendorong kami  untuk tidak melepaskan peluang untuk terus kekal mengeratkan hubungan yang sedia ada dengan Kampus Kejuruteraan khasnya.

“Kami dalam kerangka untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada pelajar-pelajar rantau Asian khasnya agar  menjadikan universiti-universiti kami sebagai hub untuk meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.  Atas dasar itu, kami  berhasrat untuk menimba pengalaman Kampus Kejuruteraan dalam mengantarabangsakan kurikulumnya’, tambah beliau dalam memulakan penjelasan mengenai objektif kunjungan mereka.

ThaiNRC_9499

Selain persoalan pengantarabangsaan kurikulum, delegasi Thailand tersebut juga turut membincangkan topik berkaitan dengan akreditasi terutamanya  daripada sudut  kaedah yang diguna pakai oleh USM dalam mendapatkan gelaran jurutera profesional  atau Ir. di kalangan pelajar-pelajar yang telah berijazah.  Disamping itu, isu ‘interdisciplinary’ atau ‘integrated’ program turut dikongsikan bersama   dan sudah pastinya penobatan dan hala tuju Universiti –APEX telah menarik minat dan mendominasi keseluruhan perbincangan.

Sungguhpun, kunjungan yang dibuat amat singkat, cuma dua jam, tetapi impaknya cukup memadai untuk kedua-dua belah pihak membuka ruang bagi mengeratkan lagi jalinan hubungan pada masa yang akan datang.

ThaiNRC_9528

Delegasi sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang, telah mengakhiri sesi perbincangan dengan bertukar-tukar cenderamata dan bergambar sebagai simbolik eratnya persahabatan dan persefahaman.

Informasi oleh: Mokhtar Alfakari Anubek
Foto: Shafizan Zoolkiffli

No. Siri:  18/2012

 

 

Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi Dan Terjemahan
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar
Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan
Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Negara

Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Desasiswa Jaya
Desasiswa Lembaran
Desasiswa Utama
Jabatan Bendahari
Jabatan Pembangunan
Jabatan Pendaftar
Perpustakaan
Pusat Islam
Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi
Unit Kesihatan

Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK)


Hubungi kami:
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
MALAYSIA

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my