Utama
Profil
Struktur Organisasi
Dekan & Ketua Jabatan
Galeri
Peta
Pelawat@Kampus
 

 





 

GILIRAN FACULTY OF ENGINEERING, PRINCE OF SONGKLA UNIVERSITY, THAILAD PULA DI KAMPUS KEJURUTERAAN PDF Cetak E-mail
mnmz   

PSU_9660

31 Mei 2012- Kunjungan demi kunjungan, silih berganti diterima oleh Kampus Kejuruteraan dan kali ini dari Faculty of Engineering, Prince of Songkla University (PSU), Thailand dengan 12 staf akademik, yang diketuai oleh Dekan Fakulti Kejuruteraannya, Profesor Dr. Charun Bunyakan. Ketibaan mereka pagi semalam telah disambut oleh Pengarah Kampus, Profesor Abd. Aziz Tajuddin, bersama-sama dengan wakil-wakil Pusat Pengajian, Kampus Kejuruteraan.

PSU_9631

Menurut Profesor Dr. Charun Bunyakan, “PSU kursusnya Fakulti Kejuruteraannya sedang merangka aktiviti untuk pelajarnya sebagai persediaan untuk memenuhi salah satu agenda ASEAN Economic Community (AEC)  pada tahun 2015”.

Memandangkan PSU terletak  di Selatan Thailand dan amat berhampiran dengan Malaysia dan Indonesia maka, mereka ingin memastikan projek pertama mereka iaitu  pertukaran dan penempatan pelajar  PSU dengan universiti-universiti di Malaysia dan Indonesia menjadi kenyataan. “Untuk jangka masa panjang projek pertukaran  pelajar itu akan diperkembangkan dengan melibatkan beberapa buah universiti di rantau ASEAN yang lain”. tambah beliau dalam memulakan penerangan mengenai objektif kunjungan beliau dan delegasi ke Kampus Kejuruteraan.

PSU_9654

“Fokus dan matlamat PSU adalah bagi memastikan para pelajar mendapat pendedahan tentang selok belok industri di negara-begara jiran yang membolehkan mereka bersaing dalam AEC disamping dapat meningkatkan lagi hubungan dan jaringan komunikasi dengan pelajar di negera jiran yang dilawati” ujur beliau lagi. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan juga mengenali budaya dan adat resam negara jiran  turut menjadi salah satu agenda program lawatan tersebut. 

Atas dasar itu juga, USM secara prinsipnya bersedia berkerjasama dan memberikan komitmen serta membuka ruang yang diperlukan oleh PSU dengan menyarankan agar pihak PSU mengadakan perbincangan perincian dengan Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar bagi merangka dan  menyediakan perancangan agenda yang seterusnya. Pihak USM juga memberikan kepastian bahawa lawatan balas juga akan disusuli bagi memastikan kedua-dua belah pihak mendapat manfaat dalam usahasama tersebut.

PSU_9619

Setelah selesai sesi perbincangan, delegasi juga telah dibawa melawat ke beberapa PTJ  sebelum menikmati jamuan makan tengah hari.  Delegasi PSU  berlepas pulang pada jam 1.30  tengah hari.

Informasi oleh: Mokhtar Alfakari Anurbek  &  Rosilawati Radzuan
Foto: Shafizan Zoolkifli       

No. Siri:  21/2012

 

 

Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi Dan Terjemahan
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar
Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan
Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Negara

Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Desasiswa Jaya
Desasiswa Lembaran
Desasiswa Utama
Jabatan Bendahari
Jabatan Pembangunan
Jabatan Pendaftar
Perpustakaan
Pusat Islam
Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi
Unit Kesihatan

Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK)


Hubungi kami:
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
MALAYSIA

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my