Utama
Profil
Struktur Organisasi
Dekan & Ketua Jabatan
Galeri
Peta
Pelawat@Kampus
 

 





 

SHELL ECO MARATHON ASIA 2012 - USM WIN ECO DESIGN AWARD PDF Cetak E-mail
mnmz   

ecocar_sem2012_02

PULAU PINANG, 11 JULAI 2012 – Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan keunggulan di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kelestarian apabila berjaya meraih Anugerah Rekabentuk Eko pada pertandingan Shell Eco-Marathon Asia 2012 4 – 7 Julai 2012 di Litar Antarabangsa Sepang.

ecocar_sem2012_01

Kereta elektrik yang telah direkacipta oleh sekumpulan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Sains Malaysia (USM), berjaya menumpaskan  119 pasukan lain yang bersaing di peringkat Asia Eco-marathon di dalam kategori tersebut.

Pada masa yang sama, USM berjaya menduduki 6 pasukan terbaik Asia daripada 14 pasukan yang  bertanding dalam kategori E-Mobiliti dan ketiga terbaik Asia di dalam kategori Bateri “Plug-In” Konsep Urban apabila mencapai hasil terbaik 45km/kWh (28m/kWj) sepanjang tiga ujian perlumbaan.

Menurut David Chew, Pengurus Pasukan USM-EVT, USM dipilih sebagai pemenang pada kategori tersebut berdasar penilaian kepada kreativiti penggunaan bahan kitar semula atau mesra alam dalam pembikinan kenderaan serta pengeluaran paras terendah Karbon Dioksida (CO ²) sepanjang perlumbaan.

“Setelah kajian dilakukan sejak tahun 2010, tahun ini kami mengambil inisiatif untuk mencipta kereta yang diperbuat daripada kayu yang kuat tetapi mampu terurai serta tidak mencemarkan alam, manakala kerusi tempat duduk pemandu pula dihasilkan dengan rotan dan buluh yang kukuh, ringan dan pengudaraan yang baik seperti pembuatan perabot dan bakul,” katanya.

Tambah pelajar tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal itu lagi, pasukan USM-EVT juga telah melantik seorang tukang kayu berpengalaman untuk mengajar bagaimana membentuk kayu agar ia kukuh dan stabil di dalam penggunaan lasak.

“Kereta ini mampu mencapai kelajuan maksimum 80 km/j tetapi  telah dihadkan kelajuan 50km/j untuk mematuhi peraturan keselamatan antarabangsa.”

Pengurus USM-EVT itu juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pihak pengurusan tertinggi Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atas usaha dan sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang proses penyelidikan sehingga berakhirnya pertandingan.

Shell Eco-Marathon Asia diadakan buat kali ketiga di Litar Antarabangsa Sepang di Malaysia dari 4 – 7 Julai 2012. Malaysia meghantar penyertaan terbesar dengan 28 pasukan, diikuti Indonesia 18 pasukan, Thailand 12 pasukan dan 11 pasukan dari India.

Lima buah negara yang bertanding pertama kali pada tahun ini adalah Lubnan, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Hong Kong dan Korea Selatan.

sumber: www.usm.my & mechanical.eng.usm.my

 

 

Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi Dan Terjemahan
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar
Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan
Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Negara

Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Desasiswa Jaya
Desasiswa Lembaran
Desasiswa Utama
Jabatan Bendahari
Jabatan Pembangunan
Jabatan Pendaftar
Perpustakaan
Pusat Islam
Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi
Unit Kesihatan

Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK)


Hubungi kami:
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
MALAYSIA

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my