Utama
Profil
Struktur Organisasi
Dekan & Ketua Jabatan
Galeri
Peta
Pelawat@Kampus
 

 





 

SEHINGGA BERTEMU LAGI - PUAN HAJAH JAMAHYAH BASIRON MANTAN PEMANGKU PENDAFTAR PDF Cetak E-mail
mnmz   

jamahyah_0782

20 Julai 2012- Dalam suasana yang penuh sentimental dan menyentuh kalbu, lebih daripada 300 warga akademik dan bukan akademik , yang ‘lama dan baru’ Kampus Kejuruteraan telah meraikan Puan Hajah Jamahyah Basiron, mantan Pemangku Pendaftar, dalam satu Majlis Perpisahan yang diadakan di Dewan Utama pada 18 Julai yang lalu. Puan Hajah Jamahyah yang  telah berkhidmat selama 29 tahun dengan USM telah memilih untuk bersara pilihan berkuat kuasa pada 1 Julai 2012.

jamahyah_0673

“Hajat hati kalau boleh nak terus berkhidmat, tetapi apabila melihat kesihatan suami, saya merasakan cukuplah setakat ini”,  sentuh beliau dalam menjelaskan faktor-faktor kewajaran  yang amat berat perlu beliau  timbangi sebelum mengambil keputusan untuk bersara secara pilihan.

Walau bagaimanapun, sehingga kini beliau amat bersyukur kerana keputusan yang dibuatnya adalah tepat kerana sejak bersara beberapa minggu yang lalu, terasa  banyak masa dan ruang untuk memantau kesihatan suami. Penderitaan suami yang selalu keseorangan menanggung sakit, dapat diselami kini. Tambah beliau lagi, “Masa bertugas dahulu, ‘pergi kerja dengan bulan, balik pun dengan bulan’, tiada masa yang mencukupi untuk fokus kepada kesihatan suami.

jamahyah_0730

Mengimbau kembali pengalaman mengurus tadbir Kampus Kejuruteraan yang lebih daripada separuh  usia perkhidmatan beliau dihabiskan, jelas beliau, “Kampus Kejuruteraan telah banyak membantu dan membina kerjaya saya sehingga berjaya melangkah sejauh  ini. Banyak cabaran dan suka duka terpaksa dilalui dan diharungi.  Warga Kejuruteraan terutamanya para pensyarahnya  amat kuat bekerja, jadi mahu tidak mahu saya terpaksa bekerja lebih keras lagi bagi memastikan aspirasi warganya tercapai”.

Atas dasar itu beliau meninggalkan pesanan kepada semua pegawai dan staf sokongan agar bersedia dan berusaha dengan lebih iltizam, komited dan  gigih bagi memastikan keterhadapannya Kampus Kejuruteraan berbanding dengan kampus-kampus yang lain dapat dilestarikan. Tambah beliau lagi pengorbanan perlu ada dan jangan sesekali takut berhadapan dengan cabaran dengan beliau mengambil contoh pertukaran tempat kerja yang sering menimbulkan kebimbangan di kalangan staf sokongan.

jamahyah_0769

Puan Hajah Jamahyah yang memulakan perkhidmatannya sekitar awal tahun 1980-an itu mengakhiri ucapan perpisahannya dengan memohon berbanyak-banyak kemaafan di atas segala keterlanjuran sepanjang  perkhidmatan dahulu  serta mengharapkan perpisahan ini bukan merupakan pemutus segala-galanya tetapi merupakan satu titik kesinambungan dalam mengeratkan lagi tali persahabatan.

jamahyah_0763

Sebelum itu,  Pengarah Kampus, Profesor Abd Aziz Tajuddin dalam ucapan alu-aluannya menyeru semua warga Kampus Kejuruteraan terutamanya para pegawai dan staf sokongan menjadikan Puan Hajah Jamahyah sebagai contoh teladan dan idola seorang pegawai tadbir yang berdedikasi, dinamik dan berdisplin dalam menjalankan tugas. 
Beliau juga mewakili seluruh warga Kampus Kejurteraan mendoakan agar Puan Hajah Jamahyah dan suami agar sentiasa dilindungi, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat Allah.

jamahyah_0796_edit

Selain ucapan, Majlis Perpisahan yang berkonsepkan ‘Nostalgia, Jasamu Dikenang’ itu telah  dipenuhi dengan persembahan yang mengimbau kembali nostalgia silam  Puan Hajah Jamahyah bersama warga Kampus Kejuruteraan. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang disulami dengan persembahan nasyid dan juga nyanyian daripada warga staf  Kampus Kejuruteraan.

jamahyah_0808

Untuk Puan Hajah Jamahyah Basiron, warga Kampus Kejuruteraan mengucapkan “ Selamat Bersara” dan “Hingga Bertemu Lagi’.

Informasi: Mokhtar Alfakari Anurbek  & Mohd Shaiful Answar (Pelatih UiTM)
Foto: Shafizan Zoolkiffli   

No. Siri:  24/2012

 

 

Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi Dan Terjemahan
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar
Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan
Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Negara

Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Desasiswa Jaya
Desasiswa Lembaran
Desasiswa Utama
Jabatan Bendahari
Jabatan Pembangunan
Jabatan Pendaftar
Perpustakaan
Pusat Islam
Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi
Unit Kesihatan

Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK)


Hubungi kami:
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
MALAYSIA

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my