Utama
Profil
Struktur Organisasi
Dekan & Ketua Jabatan
Galeri
Peta
Pelawat@Kampus
 

 





 

PENSYARAH DAN PELAJAR PPKBSM HARUMKAN NAMA USM PDF Cetak E-mail
mnmz   

PPKBSM04

PULAU PINANG, 1 Ogos 2012 – Pensyarah dan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM), Universiti Sains Malaysia (USM) menggondol beberapa anugerah utama dalam pertandingan Materials Lecture Competition 2012 & IMM Green Materials Award 2012 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertandingan tersebut yang dianjurkan Institute of Materials Malaysia (IMM) diadakan bersempena dengan pengajuran 8th International Materials Technology Conference and Exhibition (IMTCE2012).

PPKBSM01

Prof. Hanafi Ismail dipilih sebagai penerima Green Materials Award 2012 oleh IMM berdasarkan kepada kecemerlangan produk lestari beliau yang dikenali sebagai Environmental Friendly Biodegradable Plastics and Non Hazardous Materials.

Beliau membawa pulang trofi dan sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Presiden IMM, Prof. Dr Mohd Kamal Harun.

PPKBSM03

Sementara itu, dua orang pelajar PPKBSM, Mohamad Danial Shafiq dan Muhammad Ghaddafy Affendy, masing-masing mewakili pelajar ijazah sarjana muda dan siswazah mengungguli pertandingan The Materials Lecture Competition 2012 setelah menjuarai kategori masing-masing.

Kemenangan tersebut membolehkan mereka menggondol hadiah utama termasuk wang tunai RM 1,000, piala dan sijil penghargaan.

PPKBSM02

Pertandingan itu juga adalah antara inisiatif IMM yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan jurutera dan ahli sains muda berkenaan kepentingan inovasi dan teknologi hijau dan kesannya kepada alam sekitar.

Pertandingan ini dibuka kepada pelajar-pelajar dari pelbagai universiti dan institusi pengajian tinggi tanah air, yang mana para peserta dikehendaki menyampaikan syarahan berkisarkan kepada isu-isu yang berkiatan dengan pembangunan, inovasi, penggunaan dan kitar semula bahan.

sumber: www.usm.my

 

 

Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi Dan Terjemahan
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar
Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan
Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Negara

Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Desasiswa Jaya
Desasiswa Lembaran
Desasiswa Utama
Jabatan Bendahari
Jabatan Pembangunan
Jabatan Pendaftar
Perpustakaan
Pusat Islam
Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi
Unit Kesihatan

Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK)


Hubungi kami:
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
MALAYSIA

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my