Utama
Profil
Struktur Organisasi
Dekan & Ketua Jabatan
Galeri
Peta
Pelawat@Kampus
 

 










 

APA KATA PAKAR: BIOJISIM PEPEJAL SUMBER TENAGA ALTERNATIF LESTARI PDF Cetak E-mail
mnmz   

Prof_Zainal_Talk_2533

Pergantungan secara maksium terhadap penggunaan sumber tenaga fosil khususnya minyak atas nama pembangunan demi  mencorak tamadun manusia sejak berkurun-kurun yang lampau telah membuahkan impak yang amat ketara di abad kini. Krisis sumber tenaga  global yang dikatakan semakin meruncing dan pencemaran alam  yang telah menjejaskan sebahagian besar sistem ekologi dunia yang tercetus hasil daripada pembakaran sumber tenaga fosil yang tidak terkawal merupakan dua fenomena besar yang kini menjadi cabaran dan juga ancaman yang amat serius ke atas entiti kehidupan di planet bumi.

Sungguh pun perbahasan dan kupasan secara ilmiah mengenai dua  krisis tersebut  sudah sekian lama dipolimikkan sama ada di arena antarabangsa mahu pun  nasional, namun masih belum diketemui jawapan atau formula yang menyakinkan. Isu yang sama juga turut dikupas dan diperjelaskan oleh Profesor Zainal Alimuddin Zainal Alauddin dalam syarahannya di bawah tajuk, ‘Potensi Tenaga Biojisim Pepejal Sebagai Sumber Tenaga Lestari Untuk Mengurangkan Kesan Krisis Tenaga Dunia Dan Pencemaran Alam’  dalam Majlis Pelantikan Profesor yang berlangsung di Kampus Kejuruteraan pada 2 Oktober yang lalu.

Prof_Zainal_Talk_2532

Kata pakar ini, “Kadar penggunaan tenaga yang pesat akan mengakibatkan sumber tenaga fosil berkurangan. Sumber tenaga fosil seperti minyak dan arang batu bukan sahaja terhad malah tidak boleh diperbaharui dan dijangka akan kehabisan satu hari nanti. Dalam masa yang sama juga tidak dinafikan kesan penggunaannya ke atas alam sekitar  kian memburuk”.

Persoalannya kini, sumber tenaga alternatif yang berkeupayaan mengurangkan kesan pencemaran udara dan memanjangkan  jangka hayat sumber tenaga fosil, mahu tidak mahu perlu diusahakan terutamanya di kalangan para penyelidik dan saintis. Sepertimana yang dikatakan oleh Prosefor Zainal Alimuddin yang telah hampir 20 tahun bergelumang dalam ‘dunia’ tenaga, “Sumber tenaga yang lestari dan sumber tenaga boleh diperbaharui atau sumber tenaga alternatif perlu dicari dan dibuat kajian yang mendalam lagi bersungguh-sungguh kalau bukan untuk generasi hari ini, setidak-tidaknya untuk ‘survivable’ dan kesejahteraan hidup generasi di hari esok”.

Prof_Zainal_Talk_2545

Tidak dinafikan bahawa pelbagai sumber tenaga alternatif telah dijana dan diaplikasikan oleh para saintis dan penyelidik  sejak sekian lama seperti tenaga nukler, tenaga hidro, tenaga solar, tenaga angin dan tenaga ombak. Akan tetapi, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Sebagai contoh tenaga nukler, berupaya menghasilkan kapasiti tenaga yang banyak, ironinya kejadian-kejadian trajis akibat daripada kebocoran bahan radioaktifnya menyebabkan pembinaan loji-lojinya ditentang habis-habisan oleh masyarakat setempat dan  aktivis-aktivis antarabangsa.

Mengulas mengenai senario tenaga nukler, Profesor Zainal Alimuddin yang berasal dari Pulau Mutiara itu menyatakan, “ Tenaga nuklear merupakan sumber tenaga yang paling sesuai untuk menghasilkan kuasa yang banyak terutamanya untuk membangunkan sesebuah negara. Bagi negara maju seperti Perancis, penggunaan sumber tenaga nukler jenis fisyen sudah hampir mencecah 50 peratus daripada pengeluaran tenaga negara. Namun, tahap keselamatannya menghantui penduduk dunia apabila tercetusnya tragedi Chernobyl, Three Mile Island dan yang terkini di Fukushima, Jepun. Walau pun, tahap keselamatan logi kuasa nuklear dikatakan boleh bertahan dengan hentaman secara terus oleh kapal terbang 747, namun itu belum cukup meyakinkan penduduk dunia berbanding dengan bencana yang akan tercetus daripadanya”.

Selain tenaga nukler, sumber-sumber tenaga yang lain juga mempunyai risikonya yang tersendiri seperti tenaga hidro yang pembinaan ampangannya banyak mengancam dan menjejaskan ekologi kawasan tempatan akibat daripada penenggelaman kawasan hutan dan hidupannya, tenaga solar, dikatakan menelan kos pembinaan yang tinggi lagi sangat mahal, tenaga angin dan ombak pula amat bergantung pada kedudukan geografikal sesebuah negara yang mana tahap kelajuan angin menjadi indeks utama keberkesanannya di samping tenaga fosil sendiri yang hasil pembakarannya adalah karbon dioksida yang mencemarkan udara dan memberi impak ke atas kesihatan manusia sejagat.  Gas yang terhasil daripada aktiviti rumah hijau mewujudkan fenomena pemanasan global, peningkatan suhu persekitaran yang mengakibatkan pencairan kutub ais dan peningkatan paras laut. Semua senario tersebut merupakan suatu ancaman yang menelan ‘harga’ yang tidak ternilai bagi kesejahteraan hidup dan kehidupan manusia dan tidak terkecuali makhluk melata yang lain.

Prof_Zainal_Talk_2560

Kata Profesor Zainal Alimunddin yang memulakan kerjayanya dengan USM sejak 1983 sebagai jurutera mekanik di Pusat Pengajian Sains Fizik lagi, “Sisa pertanian seperti kelapa sawit, getah , koko, padi dikatakan alternatif yang terbaik. Sekiranya ditadbir dan diurus dengan baik, sisa-sisa tersebut boleh diolah menjadi sumber tenaga yang tidak mencemarkan alam sekitar”. Tambah beliau lagi, “ Di negara kita, sisa Kelapa Sawit  mencecah, 20 tan per hektar setahun, sisa padi menghampiri 10 tan per hektar setahun dan sisa dari industri balak, tekstil dan perabot melebihi 100,000 tan setahun. Semua ini merupakan ‘aset’ utama bagi sumber tenaga biojisim”.

Kata beliau lagi, “Tenaga biojisim merujuk kepada tenaga boleh diperbaharui yang mempunyai potensi yang paling tinggi antara sumber-sumber tenaga yang lain. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui bermaksud bahawa sumber tenaga ini tidak kehabisan, malah ia dapat diperbaharui”. Jelas beliau lagi dalam loghat utara yang pekat,” Biojisim sebagai sumber tenaga berdasarkan kepada 5 sumber iaitu sisa daripada pertanian, tahi binatang, sisa hutan dan balak, sisa organik munisipal dan sisa organik industri. Biojisim berupaya menjadi faktor yang paling penting  untuk kelestarian dunia, walau pun tidak dapat menandingi atau menggantikan tenaga fosil”.

Prof_Zainal_Talk_2553

Satu kelebihan dalam penggunaan biojisim adalah kandungan sulfur yang terhasil daripada proses pembakarannya  menghampiri sifar berbanding sulfur dioksida yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil sebanyak 2 hingga 4 peratus yang menjadi pemangkin kepada pencemaran. Atas kelebihan tersebut menjadikan biojisim amat sesuai, selamat digunakan dan yang lebih utama terhindar daripada menjadi pencetus pencemaran.

Berdasarkan penyelidikan yang telah dibuat, Profesor Zainal Alimuddin yang menghabiskan sebahagian besar usia pengajiannya di United Kingdom,  telah berjaya mengolah dan menemukan satu dimensi baru dalam teknologi penukaran tenaga haba. Melalui proses uji kaji, rawatan dan olahan daripada formula-formula tindakan balas tertentu, keupayaan biojisim telah teruji sebagai suatu ejen pembakar berimpak dan berkapasiti tinggi yang berpotensi digunakan dalam proses penggasan untuk menjana kuasa haba atau elektrik, penjanaan kuasa dalam logi kuasa stim, penjanaan kuasa dalam enjin pembakaran dalaman, menjanakan udara panas untuk proses pengeringan dan tidak terkecuali sebagai gas pengeluar untuk dapur masak.

Ringkasnya, sumber tenaga biojisim seandainya dirancang dengan rapi boleh menjamin penggunaan tenaga pada kadar 1,500 MW.  Namun begitu, yang lebih  penting adalah sifat kelestarian dan nyah pencemarannya. Seperti mana yang disimpulkan oleh Profesor Zainal Alimuddin, “ Sumber tenaga boleh diperbaharui yang mempunyai potensi yang paling tinggi ialah sumber tenaga biojisim”.

------------------------------------------------
Informasi oleh: Mokhtar Alfakari Anurbek 
Foto: Shafizan Zoolkiffli       

No. Siri:  38/2012

 

 

Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi Dan Terjemahan
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar
Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan
Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Negara

Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Desasiswa Jaya
Desasiswa Lembaran
Desasiswa Utama
Jabatan Bendahari
Jabatan Pembangunan
Jabatan Pendaftar
Perpustakaan
Pusat Islam
Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi
Unit Kesihatan

Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK)


Hubungi kami:
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Pulau Pinang
MALAYSIA

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my



Talian Kecemasan:
Pulau Pinang - Kampus Induk
+604 653 4999 ( Jabatan Keselamatan )

Kampus Kejuruteraan
+604 599 5033 ( Jabatan Keselamatan )

Kampus Kesihatan
+609 767 5999 ( Jabatan Keselamatan )
+609 767 3999 ( Unit Keselamatan)