Main
Profile
Organizational Structure
Deans & Heads of Department
Gallery
Map
Visitors@Campus
 

 










 

LAWATAN TIGA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM, JEPUN PDF Print E-mail
Written by mnmz   

Jepun 5389

PULAU PINANG - Universiti Sains Malaysia telah menerima delegasi dari Jepun yang terdiri daripada 3 buah institusi pengajian tinggi awam Jepun iaitu Toyohashi Universiti Teknologi (TUT), Nagaoka Universiti Teknologi (NUT) dan Institut Kebangsaan Kolej Teknikal (INCT) pada 4 hingga 5 Mac 2013 yang lalu.

Delegasi tersebut diketuai oleh Timbalan Presiden Toyohashi Universiti Teknologi iaitu Prof. Dr. Mitsuteru Inoue. Mereka terdiri daripada Profesor Pengarah International Cooperation Center for Engineering Education Development (ICCEED) iaitu Prof. Dr. Naohiro Hozumi, Prof. Dr. Akihiro Wakahara (Penasihat Presiden), Prof. Dr. Yoshiharu Mutoh (Timbalan Presiden Nagaoka Universiti Teknologi), Prof. Dr. Masato Aketagawa (Chairman of Overseas Internship Division, NUT), Dr. Jun Kyokane (Pengarah Institut Kebangsaan Teknikal Kolej), Mr. Watanabe Akihiro, Puan Shibata, Puan Irai dan Mr. Tsukada sebagai pegawai pentadbiran. Delegasi turut diiringi oleh Dr. Asrulnizam Abd Manaf yang merupakan Profesor Madya Kunjugan di ICCEED, Toyohashi Universiti Teknologi dan beliau adalah staf di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

jepun 5378

Ketibaan delegasi di Kampus Kejuruteraan telah disambut oleh Pengarah Kampus, Prof. Dr. Zainal Arifin Mohd. Ishak serta beberapa wakil Pusat Pengajian terdiri daripada Prof. Dr. Hanafi Ismail (Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral), Dr. Norlaili Mohd Noh (Timbalan Dekan Akademik Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), dan juga Dr. Yeoh Fei Yei (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral) dimana beliau merupakan bekas pelajar TUT.

Tujuan delegasi tersebut adalah untuk berbincang mengenai International Internship Program dan cadangan penubuhan Oversea Campus TUT di USM. Projek tersebut adalah projek kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT), Jepun kepada TUT bersama NUT dan INCT.

jepun 5380

Menurut Prof. Dr. Naohiro Hozumi, program latihan industri dan cadangan penubuhan kampus luar TUT lebih berfungsi bagi menyelaraskan penghantaran pelajar Jepun di tiga universiti tersebut ke latihan industri di sekitar Pulau Pinang dengan kerjasama dari USM.

Selain itu, lawatan ini diharap dapat menjadi pemangkin bagi menggalakkan lagi kerjasama USM dengan TUT dari segi penyelidikan mikroelektronik dan semikonduktor khususnya serta bidang-bidang penyelidikan yang lain umumnya. Program international internship ini juga dicetuskan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar pengalaman bekerja dalam suasana yang lebih global serta merupakan satu usaha universiti bagi melahirkan graduan-graduan yang berfikiran kritis.

jepun 5383

Secara tidak langsung, program ini diharap dapat memberi peluang kepada pelajar USM bagi menimba pengalaman latihan industri di Jepun yang mana penempatan pelajar akan diselaraskan oleh pihak TUT atau NUT. Oleh yang demikian, lawatan dua hari ini lebih kearah perbincangan bagi mencapai mekanisma yang sesuai dan persetujuan bagi kedua belah pihak iaitu TUT, NUT, INCT dan USM.

Delegasi juga turut dibawa melawat fasiliti-fasiliti yang terdapat di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta CEDEC bagi mengukuhkan kerjasama penyelidikan seterusnya perbincangan ringkas dalam usaha menjayakan program tersebut.

Teks : Mohd Kamil Ashar

Foto : Shafizan Zookiffli

 

 

Aerospace Engineering
Civil Engineering
Electrical & Electronic Engineering
Materials and Mineral Resources Engineering
Chemical Engineering
Mechanical Engineering
School of Languages, Literacies and Translation
Science and Engineering Research Centre [SERC]
River Engineering and Urban Drainage Research Centre [REDAC]
Collaborative µElectronic Design Excellence Centre [CEDEC]

Bursary
Centre for Knowledge, Communication & Technology
Division of Student Affairs & Development
Desasiswa Jaya
Desasiswa Lembaran
Desasiswa Utama
Development Department
Health Unit
Islamic Centre
Library
Registry

KKSSK


Contact Us:
Engineering Campus
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
MALAYSIA

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my



Emergency Hotline:
Penang - Main Campus
+604 653 4999 ( Security Department )

Engineering Campus
+604 599 5033 ( Security Department )

Health Campus
+609 767 5999 ( Security Department )
+609 767 3999 ( Security Unit)