Utama
Profil
Struktur Organisasi
Dekan & Ketua Jabatan
Galeri
Peta
Pelawat@Kampus
 

 










 

PENYELIDIK USM HASILKAN BAHAN ASAS RAWAT SAKIT JANTUNG PDF Cetak E-mail
Administrator   

dadah_ubat



PULAU PINANG, 24 Nov – Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan bahan asas utama yang diperlukan dalam penghasilan ubat bagi penyakit maut digeruni iaitu sakit jantung menggunakan kaedah unik yang mesra alam.

Bahan utama tersebut yang dikenali sebagai L-homophenylalanine dihasilkan menggunakan kaedah biopemangkin dengan gabungan teknologi enzim dan membran yang jauh lebih selamat dan pertama dihasilkan oleh penyelidik tempatan.

Produk yang akan memberi manfaat besar kepada ekonomi dan pembangunan kesihatan masyarakat bottom billion itu dihasilkan penyelidik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM, Profesor Abdul Latif Ahmad dan penyelidik bersama, Oh Pei Ching serta Dr. Syamsul Rizal Abd Shukor.

Abdul Latif berkata, L-homophenylalanine memang sudah ada dalam pasaran namun yang membezakannya dengan produk ciptaan beliau adalah kaedah yang digunakan untuk menghasilkannya.

Katanya, L-homophenylalanine komersial kebanyakannya dihasilkan menggunakan kaedah kimia yang mana secara umum adalah lebih rumit, melibatkan kos yang tinggi serta boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

"Jadi dalam kajian ini kita tampil dengan kaedah biopemangkin yang terbukti secara saintifik lebih baik dan dapat mengelak daripada penggunaan bahan kimia berbahaya serta risiko tindak balas kimia yang ekstrem," katanya.

Tambah beliau, penghasilan L-homophenylalanine menggunakan sistem khas yang dipanggil bioreaktor membran-enzim yang mana ia memperlihatkan rekabentuk yang lebih kompak dengan kelengkapan strategi pemantauan dan kawalan automatik.

Katanya, sistem tersebut tidak menggunakan bahan kimia yang banyak, selain melibatkan keadaan tindak balas yang sederhana, menyokong teknologi hijau dan menggunakan peralatan yang minimum.

"Dengan adanya sistem bersepadu ini, kita dapat menghasilkan L-homophenylalanine yang jauh lebih berkualiti, tulen dan mesra alam namun dengan kos yang jauh lebih rendah," katanya.

Abdul Latif berkata, kos bagi setiap 1 gram L-homophenylalanine yang dihasilkannya itu dianggarkan berjumlah RM 2,500, jauh lebih murah daripada produk komersial 100 peratus import yang mencecah sehingga RM 9,000 hingga RM 11,000 segram.

Ujar beliau, kajian tersebut dijalankan selama empat tahun bermula 2006 melalui tajaan Geran Universiti Penyelidikan berjumlah RM500,000.

Mengulas harapan terhadap produk itu, beliau berkata:"Matlamat akhir penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan ubat kardiovaskular yang lebih murah dan mudah diakses untuk kegunaan orang ramai."

Tambah beliau, L-homophenylalanine disasarkan untuk dijual kepada industri farmasi atau institut penyelidikan bagi kegunaan penghasilan ubat bagi merawat penyakit yang sehingga kini telah membunuh lebih 17 juta penduduk dunia itu.

"L-homophenylalanine bukan produk akhir sebaliknya ia adalah bahan utama yang diperlukan dalam penyediaan ubat sakit jantung seperti enalapril, delapril, lisinopril, quinapril dan sebagainya,'' katanya.



Keterangan foto: Prof. Abdul Latif (kanan) bersama Oh Pei Ching menunjukkan produk ciptaan mereka yang telah memenangi beberapa anugerah pada sidang media di sini hari ini.

Foto: Mohd. Fairus Md. Isa
 

 

Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Awam
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
Kejuruteraan Kimia
Kejuruteraan Mekanik
Pusat Pengajian Bahasa, Literasi Dan Terjemahan
Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai Dan Saliran Bandar
Pusat Penyelidikan Sains dan Kejuruteraan
Pusat Reka Bentuk Mikroelektronik Negara

Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Desasiswa Jaya
Desasiswa Lembaran
Desasiswa Utama
Jabatan Bendahari
Jabatan Pembangunan
Jabatan Pendaftar
Perpustakaan
Pusat Islam
Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi
Unit Kesihatan

Kelab Kebajikan & Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK)


Hubungi kami:
Kampus Kejuruteraan
Universiti Sains Malaysia
14300 Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang
MALAYSIA

Tel: +604-599 5999
Fax : +604-594 1001
Email: pro@eng.usm.my



Talian Kecemasan:
Pulau Pinang - Kampus Induk
+604 653 4999 ( Jabatan Keselamatan )

Kampus Kejuruteraan
+604 599 5033 ( Jabatan Keselamatan )

Kampus Kesihatan
+609 767 5999 ( Jabatan Keselamatan )
+609 767 3999 ( Unit Keselamatan)