Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

RCA USM-KAMUNTING PLANT SDN. BHD. BANGUN BAHAN TURAPAN LESTARI DARI SISA INDUSTRI

Frame Album copy2

NIBONG TEBAL, 11 April 2023 – Perjanjian Kerjasama Penyelidikan (RCA) antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kamunting Premix Plant (KPP) Sdn. Bhd. akan membangunkan bahan turapan lestari dengan menggunakan bahan pengisi alternatif dan anti-perlucutan dari sisa industri (Lime Kiln Dust).

Berikut adalah seperti yang dinyatakan oleh Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) Profesor Dr. Mohd Suffian Yusoff   ketika hadir dalam sesi penandatanganan dokumen perjanjian antara kedua-dua pihak di sini hari ini.

“Bahan Pengisi Komersial (Ordinary Portland Cement) memerlukan pengunaan tenaga dan pembebasan gas rumah hijau yang tinggi di samping akan membantu dalam usaha negara untuk mencapai Net Zero Carbon dalam industri pembinaan,” kata Profesor Suffian.

“Sebelum digunakan dalam bahan turapan, Lime Kiln Dust ini turut digunakan sebagai bahan pemerangkap karbon di kilang pemprosesan batu kapur, justeru meningkatkan lagi kelestarian projek ini,” tambah beliau.

DSC 0304

DSC 0310

Bagi Pengarah Eksekutif KPP Sdn. Bhd., Ong Sheng Haur pula, penandatanganan perjanjian ini adalah bukti komitmen syarikat terhadap inovasi, kelestarian dan kecemerlangan secara bersama dengan USM.

“Ia membuka peluang untuk kami bekerjasama dalam projek penyelidikan dan pembangunan yang akan memberi manfaat bukan sahaja kepada organisasi kami tetapi juga masyarakat secara keseluruhannya,” kata Ong.

DSC 0363

Kerjasama kajian yang dijalankan ini juga akan melibatkan penyelidik Sustainable Asphalt Research Group (SARG), diketuai oleh Profesor Madya Ts Dr. Mohd Rosli Mohd Hasan, Makmal Kejuruteraan Lebuhraya, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam (PPKA) USM dan Makmal KPP Sdn. Bhd.

Teks: Siti Faizah Abd Halim / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman