Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

KE ARAH PERSEKITARAN MASJID KONDUSIF MELALUI PELANCARAN INFAQ “SEDINGIN AL-KAUTHAR”

DSC 1365

NIBONG TEBAL, 18 April 2023 – Pelancaran Infaq “Sedingin Al-Kauthar” sempena Majlis Iftar Perdana Kampus Kejuruteraan di sini hari ini diharap akan meningkatkan keselesaan pengunjung Masjid Pusat Islam Kampus sambal menikmati persekitaran yang lebih kondusif.

Dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Infaq “Sedingin Al-Kauthar” ini diharap dapat mencapai sasaran sebanyak RM400,000 dan seterusnya menaik taraf pendingin hawa di ruangan solat Pusat Islam Kampus Kejuruteraan.

Semasa berucap dalam Majlis Iftar Perdana ini, Naib Canselor turut menyatakan rasa bangga beliau di atas inisiatif Pusat Islam Kampus Kejuruteraan melalui Siri Intervensi Al-Quran Ramadan, yang mana seramai 31 orang staf lelaki dan wanita dan juga 13 orang pelajar berjaya mengkhatamkan Al-Quran di Bulan Ramadan kali ini.

DSC 1352

DSC 1334

Malah, inisiatif Pusat Islam dengan memberi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti gotong royong memasak juadah berbuka puasa di Kampus Kejuruteraan dengan meraikan seramai 91 orang petugas dan sukarelawan Ramadan melalui pemberian cenderahati, turut dipuji dan berharap agar ianya dicontohi oleh Pusat-pusat Tanggungjawab lain.

Dalam majlis yang sama, Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Profesor Dr. Farzad Ismail yang menyampaikan ucapan mewakili Dekan-dekan serta Ketua-ketua Jabatan kampus berkongsi akan kemeriahan aktiviti Ramadan di Kampus Kejuruteraan saban tahun Bersama tetamu yang hadir.

DSC 1344

DSC 1368

Beliau berkata, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan kebiasaannya akan mengadakan Majlis Iftar harian melibatkan 1000 orang, khususnya dari kalangan pelajar dan ianya termasuk petugas serta penaja yang terlibat di dalam kos penyediaan yang berjumlah RM 2,800.00 sehari.

Menurut beliau lagi, penyediaan makanan untuk berbuka pula dijalankan secara gotong-royong sambil dibantu oleh 80 orang Ahli Jawatankuasa Aktiviti Ramadan serta sukarelawan dari PTJ lain yang dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana ianya masing-masing diketuai oleh Ustaz Shahroni Ibrahim, Encik Yusof Ismail, dan Encik Najhan Awang.

DSC 1369

DSC 1373

DSC 1429

Selain daripada aktiviti iftar, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan turut mengadakan Program Santun Sahur yang dikhaskan kepada 111 pelajar asnaf fakir dan miskin serta pemberian saguhati duit raya kepada pelajar-pelajar yang membantu di dalam aktiviti mereka sepanjang Bulan Ramadan.

Turut hadir dalam Majlis Iftar Perdana ini adalah Ahli Lembaga Gabenor Universiti, Profesor Ir. Dr. Abdul Latif Ahmad, Pengarah Pusat Islam, Ustaz Mohammad Shukri Osman dan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Ramadan, Kampus Kejuruteraan, Profesor Ir. Dr. Zainal Ahmad.