Skip to main content

Kampus Kejuruteraan

PELAJAR MERIAHKAN SUKAD FASA II DI KAMPUS KEJURUTERAAN

WhatsApp Image 2023 05 09 at 11.16.41 AM

NIBONG TEBAL, 8 Mei 2023 – Pertandingan Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Fasa II Universiti Sains Malaysia (USM) telah berlangsung di Unit Sukan, Kampus Kejuruteraan dari 5 hingga 7 Mei 2023 baru-baru ini.

SUKAD Fasa II ini merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) dengan kerjasama dari Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (JLU) dan Unit Sukan Kampus Kejuruteraan.

Sesi penyampaian hadiah kemenangan SUKAD Fasa II kali ini disempurnakan oleh Timbalan Naib canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman.

Blank 4 Grids Collage 3

Blank 4 Grids Collage 2

Selain merupakan acara tahunan yang sering dinantikan oleh semua pelajar, SUKAD juga merupakan platform kepada mahasiswa serta mahasiswi USM untuk menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing dalam pelbagai acara yang dipertandingkan.

SUKAD Fasa II menyaksikan penyertaan dari seramai hampir 350 orang atlet manakala antara acara sukan yang dipertandingkan pula adalah seperti Bola Tampar Lelaki dan Wanita, Ragbi, Futsal Lelaki dan Wanita serta Bola Keranjang untuk Lelaki dan Wanita.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Futsal Lelaki

Johan - Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan

Naib Johan - Desasiswa Aman Damai

Futsal Wanita

Johan - Desasiswa Murni Nurani

Naib Johan - Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan

Bola Tampar Lelaki

Johan - Desasiswa Murni Nurani

Naib Johan - Desasiswa Jaya Lembaran Utama

Bola Tampar Wanita

Johan - Desasiswa Restu

Naib Johan - Desasiswa Murni Nurani

Ragbi

Johan – Desasiswa Restu

Naib Johan – Desasiswa Saujana

Bola Keranjang Lelaki

Johan - Desasiswa Jaya Lembaran Utama

Naib Johan - Desasiswa Murni Nurani

Bola Keranjang Wanita

Johan - Desasiswa Aman Damai

Naib Johan - Desasiswa Restu

Teks dan Foto: Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim