Skip to main content

KoSSCeM’ 24 PERSATUAN SENI SILAT CEKAK KAMPUS KEJURUTERAAN USM, 133 AHLI PSSCM DARI SELURUH MALAYSIA HADIR TANDA SOKONGAN

There is no translation available.

KOSSCEM24

NIBONG TEBAL, 5 Jun 2024 – Seramai 133 orang ahli Persatuan Silat Cekak Malaysia (PSSCM) dari pelbagai negeri hadir memberi sokongan ke Kolokium Seni Silat Cekak Malaysia 2024 (KoSSCeM' 24) anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini.

Pada kolokium yang dianjurkan buat kali ke-12 ini, sebanyak lima pembentangan kertas kerja berdasarkan kepada penyelidikan berkaitan dengan Seni Silat Cekak Malaysia telah berlangsung, melibatkan peserta yang terdiri dari kalangan ahli-ahli PSSCM.

Dengan tema “Meperkasakan Penyelidikan Sains dan Kebudayaan Melalui Ilmu Silat Cekak”, kolokium kali ini bertujuan untuk mendedahkan seni silat cekak kepada konteks penyelidikan ilmiah dan seterusnya diolah secara bersama oleh para pembentang.

Dianjurkan sejak tahun 2013, KoSSCeM pada kali ini menyaksikan penyertaan daripada Universiti Malaysia Perlis dan USM Kampus Induk, USM Kampus Kesihatan dan USM Kampus Kejuruteraan.

 copie 0 IMG 2340  copie 0 IMG 2281

 copie 0 IMG 2278  copie 0 IMG 2338

Pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Elecktronik, Fakulti Kejuruteraan Teknologi Elecktronik dari Universiti Malaysia Perlis, saudara Fakhrul Mukmin Mansor,  telah berjaya menyandang gelaran sebagai Pembentang Terbaik Keseluruhan.

Anugerah Kertas Kerja Terbaik pula berjaya disandang oleh pasukan daripada Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia yang terdiri daripada saudara Achmatsufyan Abdul Aziz, saudara Ibrahym Ahmad dan Dr. Mohd Saiful Aizat Mohd Shafie dengan tajuk ‘Kalibrasi Perisian CV3D v2.0 dan Pengukuran Halaju dan Masa Perlaksanaan Kaedah A’.

Kelulusan dan pemilihan setiap kertas kerja terpilih dalam pembentangan adalah berdasarkan kriteria yang telah disaring oleh Jabatan Akademik Silat Cekak yang juga merupakan ahli akademik untuk setiap universiti.

Teks dan Foto: Sumbangan Muhamad Amzar Hadi Mohd Rizal dan Achmatsufyan Abdul Aziz

Suntingan: Siti Faizah Abd Halim